Showing posts with label diari aktiviti. Show all posts
Showing posts with label diari aktiviti. Show all posts

Saturday, 2 June 2012

Diary Oral Health Day PPIPUM 2012

Antara pelajar yang menjayakan 1st Oral Health Day PPIPUM '12

PENGENALAN
Program Oral Health Day ini merupakan program yang pertama kalinya dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Pergigian Universiti Malaya (PPIPUM). PPIPUM mengambil inisiatif dengan mengadakan program yang sangat bermakna ini untuk menerapkan nilai penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi serta masyarakat sekiling. Program ini diadakan pada:
                               Tarikh   : 25 Mac 2012
                               Hari      : Ahad
                               Jam       : 9.00 pagi – 5.00 petang
                               Tempat  : Kolej Kediaman Kesembilan (KK9)

SIBUK....sesi pendaftaran oral health day conducted by first year..
OBJEKTIF
1. Memberi kesedaran tentang pentingnya kesihatan gigi dan mulut kepada masyarakat, terutamanya di kalangan mahasiswa/siswi.
2. Berkongsi maklumat tentang gigi dan mulut.
3.  Memberi pendedahan tentang cara-cara penjagaan gigi dan mulut yang berkesan
4. Melahirkan bakal doktor-doktor gigi yang sentiasa prihatin akan keadaan dan kesihatan masyarakat.

KANDUNGAN
Target utama program ini adalah untuk menaikkan nama PPIPUM bukan sahaja dikenali dalam kalangan pelajar pergigian UM sahaja, malah turut dikenali oleh fakulti – fakulti yang lain di UM ini. Selain itu nama baik PPIPUM ini juga dapat dibawa sampailah ke luar Universiti Malaya ini sendiri agar masyarakat tahu tentang kewujudan PPIPUM dengan perlaksanaan program kesihatan mulut yang tidak terhad dalam kampus sahaja malah menyasar komuniti luar yang lebih luas dan besar. Justeru langkah pertama yang diambil oleh PPIPUM iaitu dengan mengadakan program ini di kolej kediaman kesembilan yang merupakan kolej luar universiti adalah langkah yang sangat bijak dan efektif. Tujuan utama PPIPUM adalah untuk membawa nama islam serta melahirkan Islamic Dentistry yang berjaya dunia dan akhirat.


Saat treat patient..beginilah keadaan nya.operator and assistant.
Assistant merekod maklumat...
Pada dasarnya, penyelia kolej kesembilan ini iaitu Dr. Nor Azlida Mohd Nor, beliau memberi cadangan supaya program Oral Health Day ini didakan di kolej ini bersempena juga dengan aktiviti kolej tersebut iaitu Diversity @ 9. Hari terbuka kolej ini turut memberi peluang PPIPUM untuk melaksanakan program ini tambahan pula dengan sokongan padu daripada pengetua kolej tersebut, Dr Sabri yang juga merupakan Dr Paedo Dental  Faculty. Hal sedemikian memudahkan lagi kerja PPIPUM dan target persatuan ini semakin dekat untuk tercapai.

Pelbagia rintangan telah kami lalui. Gerak kerja untuk program mengambil masa lebih kurang sebulan dan kekurang dana dalam misi melaksanakan program ini. Hal ini adalah kerana kami gagal untuk mendapatkan sponsor dan kami hanya mengharapkan sumbangan daripada pungutan derma daripada semua tahun pelajar pergigian serta wang daripada simpanan PPIPUM sebanyak RM200.00.

Penglibatan adalah terbuka kepada semua ahli PPIPUM. Alhamdulillah ramai pelajar yang dapat menyertai program ini walaupun diadakan pada hujung minggu. Seramai 86 orang pelajar termasuk  27 orang AJK yang menjayakan program ini dan memastikan ia berjalan dengan sempurna. AJK terdiri daripada pelajar tahun pertama, tahun kedua,tahun ketiga, tahun keempat dan tahun kelima. Seramai 29 orang pelajar tahun pertama, 9 orang tahun kedua, 13 tahun ketiga, 4 orang tahun keempat dan 4 orang tahun kelima telah menyertai aktiviti ini. Terima kasih kami ucapkan.
Asyik memberi penerangan kepada pesakit

booth prostodontik dan orthodontik
ATUR CARA
1.Pendaftaran pesakit di kaunter Pendaftaran
2.Di ruangan menunggu  ada  tayangan video tentang gigi, apa itu plaque,tooth brushing technique etc.
3.dental check up: ade 2 dental chairs, 1operator, 1 assistant untuk setiap satu. Operator akan membuat ringkasan status gigi pesakit manakala assistant pula ’charting’ tentang keadaan gigi tersebut.
4.pesakit akan pergi ke kaunter ”collector”. Pesakit akan diberi maklumat tentang perkhidmatan klinik pergigian um and maklumat2 asas tentang procedure2 yg ada di klinik. Kemudian, pesakit akan ditunjukkan kaunter2 yg bersesuaian dengan status kesihatan mulut pesakit :
a) pemiliharaan gigi, prostodontik dan orthodontik,
b) periodontology dan community dentistry.
     -kaunter yang paling ramai dilawati adalah periodontology dan community dentistry. Hal ini adalah kerana kaunter ini bertanggungjawab untuk menerangkan cara yang betul untuk menggosok gigi, menjaga kesihatan mulut dan sebagainya.
5. terdapat juga kaunter jualan alatan2 pergigian seperti berus gigi, mouthwash, key chain dan lain lain lagi yang dibuka oleh pelajar2  tahun 3 dlm usaha untuk mencari dana untuk  dental night dinner  yang diadakan pada 19th Mei 2012.
booth periodontologi
poster Islamic Dentistry
antara model denture yang menjadi rujukan kepada pengunjung booth


Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK kerana datang awal pagi untuk set up barang  pada pukul 8.30pg, start buka dental check up serta booth pada pukul 9 and habis pada pukul 5.15ptg.

TEKUN...memberi taklimat..

Penerangan daripada Fhatin Nadia, pelajar 3rd year kepada salah seorang pengunjung booth
RUMUSAN
Program ini sangat berfaedah dan sangat berguna. Ia dapat membantu pelajar pergigian untuk berkomunikasi bersama masyarakat serta senior2 dental terutama pelajar tahun akhir. Mereka boleh menimba ilmu yang sangat berguna ini daripada senior2 mereka. Program sedemikian memberi pendedahan kepada pelajar tahun pertama terutamanya untuk merasai keadaan di klinik serta berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling. Pelajar tahun pertama bagi saya disarankan menyertai program ini jika diadakan lagi pada tahun hadapan kerana ia membuka mata anda dan memberi peluang kepada anda untuk mempelajari situasi sebagai pegawai pergigian kelak dan cara bekerja dalam klinik serta teamwork itu sangat penting. Untuk pelajar tahun kedua memberi peluang kepada mereka untuk merawat pesakit di atas dental chair untuk persediaan asas sebelum memasuki tahun ketiga di mana mereka akan bekerja di klinik dan perlu berkomunikasi dengan pesakit serta merawat mereka. Untuk pelajar tahun ketiga, empat dan lima dapat memberi tunjuk ajar kepada junior2 ini.Justeru saya sangat gembira jika program ini dapat dilaksanakn lagi pada tahun hadapan.

PENAT...seharian bertungkus lumus untuk memastikan program berjalan lancar namun masih mampu mengukir senyuman..
Dan di antara manfaat yang paling penting yang tercapai dalam program ini adalah, terjalinnya ukhwah yang utuh di kalangan pelajar2 pergigian setiap batch yang berlainan. Ukhwah fi sabilillah, ukhwah kerjasama, ukhwah kasih dan sayang yang terjalin dan membuatkan pelajar2 yang terlibat lebih rapat dan mengenali di antara satu sama lain... jadi jom kite join program ni beramai2 tahun hadapan, insyaAllah J

TERIMA KASIH

MAJULAH PPIPUM UNTUK FAKULTI PERGIGIAN, UM


Saturday, 26 May 2012

Diary Kem Jalinan Ukhwah Mukmin Professional (JUMP) 2012


Tarikh: 16-18 Mac 2012
Tempat: Excel Training Resort, Lenggeng, Negeri Senbilan
Peserta: Pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian Universiti Malaya

Setelah beberapa siri diadakan, kini JUMP tampil lagi dengan membawa tema ‘Producing Professional Muslim Leaders’. Gabungan mantap antara PSIPUM dan PPIPUM buat julung kalinya telah berjaya menarik ramai peserta untuk menyertai kem ini.Seramai 170 orang peserta telah menempatkan diri dalam kem pada tahun ini.

Mac 16, para peserta bertolak dari UM pada pukul 6.00 petang dengan menaiki tiga buah bas. Perjalanan ke tapak kem mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Apabila sampai di sana, kami terus dijamu dengan makan malam di dewan makan yang sangat cantik hiasan dan susun aturnya. Seterusnya kami dikehendaki berkumpul di dewan untuk sesi pendaftaran dan mengambil t-shirt masing-masing. Peserta kemudiannya dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil agar keberkesanan perbincangan terhasil. Dengan mahasiswa-mahasiswa UM yamg terpilih menjadi fasilitator, LDK 1 iaitu sesi ta’aruf dapat dijalankan sebagai permulaan kem. Dalam sesi ini  juga kami telah diamanahkan untuk memerhati dan menilai peribadi seorang peserta kem untuk ditulis dalam kad ucapan kecil. Kad itu akan diserahkan di akhir kem.


1 dulang makanan dikongsi bersama peserta dari pelbagai course (medik, dental, farmasi dll)
makan bersuap antara fasilitator, AJK dan peserta memberi kemanisan hidup berukhwah
Mac 17, kami bangun seawal jam 5 pagi untuk menunaikan  qiamullail dan solat subuh berjemaah. Seterusnya, kami berjogging di sekitar tapak kem untuk menggantikan acara senam pagi yang tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang  tertentu. Slot 1 bermula selepas sarapan pagi. Slot ini disampaikan oleh Imam Muda Fakhrul Hussain yakni imam muda musim kedua. Dengan membawa tajuk, “we’re not alone”, beliau berjaya menarik perhatian peserta dengan cara dan penyampaian yang bersahaja. Antara intipati yang ditekankan oleh beliau adalah tujuan penciptaan manusia di dunia serta  peranan dan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi. Slot 2 bermula selepas minum pagi, tajuk yang diberikan adalah “ Muhammad and I are not so different”. Slot yang di bawa oleh Ustaz Izhar Arrif ini, membawa pendekatan dakwah ke dalam diri peserta. Beliau menekankan kewajipan menjalankan dakwah dalam bidang masing-masing. Pada sebelah petang pula,  aktiviti yang dinamakan “fear factor”  diadakan. Aktiviti ini mencabar kekuatan fizikal, kemantapan berfikir secara kritis, serta semangat kerjasama yang ada dalam diri peserta. Seterusnya, slot 3 bermula selepas solat isyak. Penceramah yang dijemput untuk slot ini adalah Ustaz Muhammad Syaari B. Abdul Rahman. Beliau merupakan penulis buku “ Kuasa Kepimpinan Al-Fateh”. Justeru, ceramah yang disampaikan adalah berkisar kepahlawanan dan kewibawaan Sultan Muhammad al-Fateh dalam menakluki kota Constantinople. Seterusnya, kami dikehendaki mempraktiskan segala teori yang kami dapat dalam slot-slot dan LDK yang telah diberikan dalam satu modul khas. Kami dikehendaki berjihad mempertahankan nyawa dan negara masing-masing daripada serangan musuh. Serangan musuh yang berjaya mengambil nyawa beberapa orang peserta  nyata membangkitkan semangatb kami untuk terus bangkit mempertahankan negara kami,Pengajaran daripada aktiviti ini sangat menyentuh hati kami semua iaitu sebagai negara Islam, kita haruslah bersatu padu dalam menentang anasir-anasir luar yang sering menghasut untuk menjatuhkan Islam. Sedikit sebanyak kami turut merasai bagaimana rakyat yang ditindas kekejaman musuh berjuang dalam mempertahankan apa yang mereka miliki.Inilah yang harus ditunjukkan oleh umat Islam untuk memastikan agar Islam terus mekar di muka bumi ini.  


lepas jogging kami dapat meluangkan masa berjalan2 di sekitar resort sambil berkongsi cerita pelajaran bersama sahabat se'batch' kami dari fakulti perubatan, Klang yang turut hadir ke kem ini sebagai AJK
Mac 18, slot 4 bermula pada pukul 8.00 pagi iaitu selepas sarapan pagi. Slot ini disampaikan oleh Dr. Hazwan, bekas pelajar perubatan UM. Beliau menekankan tentang pembinaan hospital Islam di Malaysia. Kumpulan yang terpilih perlu membentangkan ideologi masing-masing terhadap pembinaan hospital Islam. Dengan membawa tema berfikir di luar kotak, slot terakhir yang disampaikan oleh Ustaz Wan Ji, telah membawa ramai peserta untuk berfikir secara kritikal walaupun sudah penat menjalankan aktiviti sepanjang tiga hari dua malam. Majlis peutupan dilangsungkan pada pukul 4.00 petang. Penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap kumpulan,merupakan kemuncak majlis, kumpulan Uganda telah mendapat tempat pertama. Dalam upacara ini juga dua orang peserta terbaik telah dinobatkan kepada Nurnabihah bt Mustapa dan Mohd. Azam. Kami bertolak ke Um pada pukul 6.00 petang.
Tahniah kepada group yang menang :D
Sesungguhnya kem ini bayak membawa kebaikan kepada kami. Slot-slot yang disediakan sangat menarik, membuka mata dan minda kami terhadap isu semasa khususnya yang melibatkan agama Islam. Ilmu yang diberikan memang perlu untuk diketahui oleh generasi muda pada masa sekarang kerana kitalah yang akan mewarisi tampok pemerintahan pada masa akan datang. Kami berharap agar ken JUMP ini dapat diteruskan untuk generasi yang akan datang. Sesungguhnya ilmu tidak akan datang bergolek, tetapi kitalah yang harus mencarinya.
antara kenangan untuk setiap peserta kem
antara pelajar 1st year yang menyertai kem ini

yeayy...JUMP '12 best!! :D

Saturday, 25 February 2012

Diary Kem tautan Hati 2012 (PART 4)

PART 4


Awal pagi dimulakan dengan solat subuh berjemaah, kemudian kami diberi masa untuk menyiapkan diri dan berkumpul semula pada pukul 8.30pg untuk JUNGLE TRACKING!:D

Walaupun sudah pukul 8.30pagi, tetapi pagi masih berkabus,dingin dan..............sesuai untuk sesi menangkap gambar xD

suasana sejuk

Subhanallah..cantik kan kabus tebal :)

amik gambar dengan batu pulak

show peace semua!!
tq Allah for the ukhwah:')

Kemudian, kami memanaskan badan dengan senam aerobik “MOVE LIKE JAGGER” yg diketuai oleh fasilitator Taufiq


Kalau dulu hanya dapat tengok gerakan “Moves Like Jagger” dilakukan oleh penghuni 6th kolej, tapi sekarang kolej2 lain pon dapat lakukannya juga!:D


ni baru tutorial...


                                                            haaa, ni dah expert sikit :p

  After cooling down, kami alas perut dulu sebelum bertolak.

kuih koci, kuih goreng & milo tarik^^

:)


Kemudian kami diberi sedikit briefing tentang langkah2 keselamatan dan track2 semasa jungle trekking oleh brother Jungle Trekking (tak ingat nama)

dengar briefing

Grenade!!
ya, ini juga adalah salah satu langkah keselamatan sekiranya melintasi kawasan periuk api semasa treaking nanti. Wisel ditiup, everybody lay down!

Ok, dah cukup briefing, kita gerak sekarang!

Semua peserta menggalas backpack, untuk mengisi bekalan nasi lemak dan air yang disediakan untuk makan di kawasan air terjun nanti.

para fasilitator dan peserta

dalam 2 barisan

nabiha, kalau akak pancit tunggu akak yea? :p


Jalan punya jalan................

jambatan reput..hati-hati


Punya jalan...............





























Priiiiiiiiittttt!!priiiiiiiiiiiittt!priiiiiiiiiiiittt!

KAWASAN PERIUK API, LAY DOWN SEMUA!



ada yang sayang baju..tak nak lay down
    

                                                                                  Baring2 pun masih sempat posing

yeah!!


Ok dah, sambung jalan lagi.........................


ada pokok tumbang



Eh kenapaaaa?

semua beri perhatian ke arah sana

"aku nak korang nyanyi lagu hambaMu Allah!"



layan kan aje permintaan abg jungle trekking ni

"hambaMu Allah"

markah gaya dapat fullmark..walaupun dalam hutan :)


                                                                  Ada spider web la pulak





    selepas hampir 20 minit berjalan.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


-




-




-




-






       Alhamdulillah, akhirnya sampai juga!!
yeay..dah jumpa sungai!!


      Jom, ambil port untuk makan!!




kelaparan...

nyum..nyum..nyum

nasi lemak ni sedap :D


      Dah makan, joooom main airr!

sukanya Syamimi :)

wajah2 excited dapat main air sungai

air terjun!!



Celup2 kaki pon bolehhh.....


      Kalau malas nak beg berat dengan baju basah


    Duduk atas timber aje laaaah:p


    Selepas itu, layan beberapa game yang di conductkan oleh abang jungle trekking tu 
    sendiri. Sporting betul abang2 tu..


      Briefing sikit pasal game....
   
         Ok, dah briefing

         GEGURL READYYYYY???

-


-


-


-


-


                                                                          READYYYYY!!



    BOBOY. READYYYYY??      


-

-

-



-



-





-





-





                                                       READYYYYY! sambil terketar2 kesejukan  :P

    Disebabakan geng boboy terlalu  sikit dan sudah nampak aura untuk kalah, team fasilitator lelaki turun untuk
    memberi support....


     


     Dan berlakulah perang diantara geng boboy and gegurl!



   View video untuk kejadian sebenar 

    Dah puas main air, jom betolak balik Photon Valley




                                                                   Mana yang bawak duit tu, layan makan aiskrim dulu

             Kami diberi masa untuk berehat,kemudian bersiap2 untuk solat zuhur berjemaah, makan dan
    berkumpul semula di dewan untuk Majlis Penutupan Kem Tautan Hati 2011.
    

    Sebelum acara penutupan, kami mendapat sedikit pengisian dari student final year medik, saudara      Hakem yang berkongsi susah senang nye di dalam bidang medik dan bertapa tingginya pergantungan       kepada Allah :)
salah satu talk yang memberi inspirasi 

banyak soalan yang dikemukakan oleh para peserta

    Dan, tibalah acara penutupan....
dipengerusikan oleh peserta tahun 1 medik

bacaan doa oleh penghulu Kem Tautan Hati 2012


     Penutupan Kem Tuatan Hati 2012 oleh Dr Muhazmi bin Mohd, pensyarah di Jabatan 
     Penjagaan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya.


     Sebelum mengakhiri majlis, kami menyanyikan lagu tema 'HambaMu Allah' buat kali terakhirnya


                                             

                Alhamdulillah, selesailah sudah Kem Tautan Hati 2011 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. 
     Banyak pengajaran dan pengalaman2 manis yang kami perolehi sepanjang penyertaan kami di dalam 
     perkhemahan ini. Walaupun pada mulanya bukan dimulakan dengan permulaan yang baik, tetapi pada 
     pengakhirannya, penuh dengan kesyukuran, kegembiraan dan kenangan yang indah.:)

             Banyak ilmu dan pengajaran yang kami dapat semasa mengikuti kem ini. Di antaranya ialah 
     apabila kita bersama kelompok yang berbeza, kita dapat melihat dan menilai di mana kekurangan diri 
     kita di dalam kelompok di dalam kelompok tersebut, apakah kelebihan ahli-ahli yang lain yang dapat 
     kita contohi dan teladani. Jadi marilah kita mencari dan terus mencari kekurangan kita untuk
     diperbaiki, ilmu untuk diperbaharui dan iman untuk dipertingkatkan ....insyaAllah
     
              Alhamdulillah, dengan menghadiri Kem Tautan Hati ini juga, kesannya masih terasa hingga saat
     ini. Rantai Ukhwah yang dibina di sana masih berterusan. Bukan sahaja hubungan kami sesama 
     pelajar dental, tetapi bersama para pelajar medical iaitu dikalagan para fasilitator dan groupmate
     yang lain. Apabila bersua muka, kami bertegur sapa dan dapat berbual dengan rancak, dan di hati 
     kecil kami tumbuh rasa kasih dan sayang terhadap satu sama lain....Alhamdulillah   
  

       

               Di sini, saya ingin seru kepada diri saya sendiri dan para readers agar kita sama2 bekerjasama
    dalam memantapkan lagi ukhwah di kalangan muslim..terutamanya, di kalangan kita, pelajar2 dental. 
    Ayuh kita gunakan Persatuan Pelajar Islam Pergigian Universiti Malaya(PPIPUM) sebagai salah satu 
    medium utama dalam usaha ini... Kalau dulu kita malas untuk join aktivity2 yang dianjurkan oleh 
    PPIPUM kerana bagi kita, aktivity2 yang dijalankan tidak berfaedah dan boring, tapi sekarang, mari kita 
    tukar persepsi negative itu dengan meniatkan penyertaan kita di dalam aktivity2 sebegitu adalah sebagai
    satu ibadah...ibadah atas mencari redha Ilahi..ibadah atas niat merapatkan silaturrahim...ibadah atas niat
    cinta sesama muslim...dan ibadah atas niat mengukuhkan SAF UMAT ISLAM di negara kita ini..mari 
    kita mulakan dari kelompok yang kecil dan semoga kelompok itu akan membesar hari demi hari....



   “Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” 
(HR. Al Bukhari dan Muslim).

    Akhir kalam, saya memohon maaf kepada semua readers entry Diary Kem Tautan Hati
    2012 sekiranya ada perkataan2 yang saya gunakan tidak berkenan di hati dan mengguris  
    hati mana2 pihak. Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita 
    semua, insyaAllah.