Wednesday 7 November 2012

Clinical Requirements



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Maaf, entry kali ini hanya fokus kepada silibus pelajar klinikal sebab pelajar pre klinikal under intergrated based learning. Jadi saya bukanlah orang yang layak. Saya harap entry kali ni dapat membantu korang &  memberi sedikit gambaran tentang academic year masing-masing.

3RD YEAR
- General Medicine (GM)
- General Surgery (GS)
- Oral Pathology (OP)
- Conservative Dentistry (Cons)
- Prosthetic (Prost)
- Radiology
- Oral Surgery
- Orthodontic
- Paedodontic
- Periodontology
- Preventive Dentistry

Uh, banyaknya! This are all the subject yang akan belajar masa 3rd year. No worries. ^^ Nampak memang banyak, tapi, most of the topic, kita buat masa clinical session. So, senang nak faham dan ingat. Ada juga topik yang kita dah belajar masa 2nd year, cuma sekarang diajar dari sudut praktikal pula.

Hanya GMGS and OP will count in the final exam of Year 3. Dua subjek jer! =)

Untuk subjek lain, akan ada ‘carry out marks’ atau dipanggil sebagai continuous assessment (CONASS) untuk Final Year 5 Examination nanti. But, it doesnt mean we dont have to study. You need to study especially Cons and Prost. There's a lot of things to think and remember. Trust me.

Masa 3rd year, adik-adik sepatutnya tahu subjek yang akan ‘carry out percentage’ untuk Final Year 4 Examinations. Sebagai contoh, periodontology, radiology, and oral surgery. So, as you go through with GMGS & OP, still proceed with others so that tak perlu bersusah payah buat kerja kelam kabut at the very last minute. Ok? 

General Medicine & Surgery : 
This two subject is medical based. Will be teached by medical doctor. General Medicine ialah subjek untk segala penyakit yang boleh dirawat dengan hanya memberi ubat. General Surgery ialah subjek utk segala penyakit yg tidak boleh dirawat hanya dgn memberi ubat, tetapi haruslah menjalani surgery.

Akan ada lecture, seminar & ward round. Lecture selalunya akan di'cancel' at last minute. So, better prepare utk cari masa for replacement. Class Rep perlu senaraikan semua tajuk lecture yang tertinggal & contact number lecturers. Kalau boleh, call/ sms lecturer beberapa hari sebelum lecture.

Seminar will work on pairs. Kena buat presentation on topic yg dah disediakan. Soalan exam selalu based on this. So kalau lecturer cakap penting, please take note.

Lastly, the important thing. Ward round. Selalunya ward round pun akan kena postponed. Tapi, most of student, selalu nk letak diri dlm zon selesa, akan suka dan memang tak akan nk join ward round group lain. Rasanya, takde masalah kn kalau join group lain. In fact, you will gain more. Lecturer tak akan berapa ingat berapa banyak kelas yg dia dah miss. So, mmg kena minta ketua group utk remind this doctor. TOLONGLAH sediakan buku nota kecil utk ward round. Janganlah dtg berlenggang. Gunakan buku tu utk catit notes every ward round yg korang attend. Tak payah besar-besar. Cukup-cukup muat nk masuk dlm poket lab coat tu pun dah kire ok.

Oral Pathology :
When you learn this, only then you'll realise how important histology and pathology is. Korang akan belajar segala jenis penyakit yg ada kat dlm mulut. Memang banyak. Tapi waktu ni, just cover on how its look like under microscope dan apa rawatan sesuai. During classes, korang akan diberi satu excercise utk topik yg akan discuss on that day. TOLONG jangan malas ye. All the info can be found on text book ( Cawson's ) or Atlas (provided by department during class)

Untuk subjects yang lain, adik-adik boleh baca dekat slot year 4.



4TH YEAR
- Oral Medicine
- Conservative Dentistry (Cons)
- Prosthetic (Prost)
- Radiology
- Oral Surgery
- Orthodontic
- Paedodontic
- Periodontology
- Preventive Dentistry

Terus terang, 4th year is the most critical years in Dentistry. Memang penat. Final exam papers yg paling banyak dlm sejarah 5 tahun belajar. Ok. On this one, baca elok-elok ye. Some of the subject is combined. Example, Radiology and Oral Surgery on the same day, same time and same paper. Same goes to Ortho & Paedo.

Radiology :
Here you will learn on various technology used in dentistry to take radiograph. Ade CBCT, MRI, CT scan etc. yg akan kita selalu guna, CBCT. At first, lecture might a little bit boring. But, that's what the basic that you should know. Korang juga akan belajar various technique yg available e.g: Parallax technique. So, need to understand how it works only then you will remember it. Soalan exam, dia tak akan tanya pelik-pelik. Mostly on the procedure. Mcmane nak buat parallax technique. Berapa angle die. Soalan selalunya straight forward.

Oral Surgery :
Department yg paling cool sekali di Fakulti. Bkn maksud boleh ponteng ye. Maksudnya, boleh la release stress disini sbb lecturer semua happy go lucky. My batch, kitorang tidak terikat dgn requirement. Don't know how was it now. So, there is no requirement berapa banyak kena extract gigi etc. Tapi, for your own good, extract lah gigi seberapa banyak yg boleh. Later, korang akan dpt jugak cara korang sendiri, yg korang rasa selesa on how to extract the tooth. Experienced ni tak dtg mcmtu je. Kena cari. Utk MOS, at least buatlah sekali. 1 operator dan 1 assistant. Kalau buat lebih pun tak rugi. Kes MOS ni pun complicated. Ada classification yg korang kena tahu. It based on Pale & Gregory Classification. Hafal yang ni. Tak banyak pun.

Periodontology :
Masa 3rd year mmg tak ada langsung exam utk subjek Perio. Masa 4th year baru akan start exam. Subjek ni banyak juga nak kena ingat. Name of bacteria, condition name, management. Need to read more than lecture notes only. Requirement Perio tak banyak akan tetapi, main problemnye ialah patient. Susah nak cari patient utk suitable case. Utk perio, memang tak boleh mengharapkan waiting list semata-mata. Rajin-rajinlah tengok mulut member dan junior.
- 1 pt gingivitis
- 1 pt early chronic periodontitis
- 1 pt moderate chronic periodontitis
- 1 pt severe chronic periodontitis
- 100 new scaling teeth
- 30 re-scaling teeth
- 10 root planning
Its best if you can rememberd all the data need to be fill up in E&D form sbb boleh digunakan semasa jawab exam.

Preventive Dentistry :
Pertama sekali kene sedar kepentngan department ini dalam hidup kita. Jadi bila dapat kesedaran, korang faham kenapa wujudnya deparment ni. Buat pelajar year 3, silalah rajin bawa patient ke bilik comdent. Semua pesakit kecuali under perio boleh dibawak ke bilik tersebut. Jangan terlalu mengejar requirement cons atau prosthetic, sampai terlupa requirement deparment ni. Kalau malas 3rd year, 4th year akan jadi serabot sebab nak kene kejar requreiment yg sangat byk.

Kalau bawa masuk patient, just discuss sikit-sikit je. Bagi info satu persatu. Jangan dalam satu sesi semua benda nak cakap. Nanti patient jadi boring. Plan apa yang awak nak educate patient. Selalunya dalam masa 30minit dah boleh siap. Partner boleh set up cubicle, awak bawa patient ke bilik comdent.




5TH YEAR
- Conservative Dentistry (Cons)
- Prosthetic (Prost)
- Orthodontic
- Paedodontic

Cons :
Rasanya semua org dah tahu requirement Cons sbb Cons Department paling popular di Fakulti.
- 195 marks
- 12 marks on Class II including pin-retained amalgam
- 3 endo anterior
- 3 canal endo molar
- 3 crown
- 1 fixed-fixed bridge
- 8 marks on close case
- 1 competency test on Class II

Start since 3rd year dah kena ada plan. Supposed to be, masa 3rd year, buat bnde basic je and at least completed 1 endo anterior and 6/8 marks on Class II. So, masa 4th year, rasa confident sikit nak amik competency exam on Class II. End of 4th year, supposed dah complete semua yg dalam list kecuali major project. Lastly, masa 5th year, boleh focus on major project je. Tak perlu nak gundah gulana memikirkan minor case ni lagi.

Prosthetic :
Ini lagi simple. Soal rajin tak rajin je ke lab tu.
- 3 C/C denture including 1 for competency test masa 5th year
- 5 C/P, P/C, P/P, -/P, P/- including 1 for competency test masa 5th year
- 1 Co-Cr denture
Pada sy, kalau korang dapat handle kes prosthetic dari A - Z, means, all handwork in Dentistry korang boleh buat. So, tak perlu la nk hantar ke lab luar. Nak minta tlg kawan boleh, at leasttgk la cara dia buat. Belajar. Tak rugi mane pun.

Orthodontic :
Requirement Ortho tak banyak. Akan tetapi, bilangan kliniknya yang 2 minggu sekali tu membuatkan student jadi sedikit malas dan lambat. So, pesan sy. Jgn jadi malas ye. Start pulun dari awal. Nnt naik 5th year boleh fokus on major project. 
- 3 operator Ortho Diagnosis
- 3 assistant Ortho Diagnosis
- 1 E&D
- 1 issue appliance
- 3 review cases
Itu sahaja requirement Ortho. Sikit je kan? So, jgn malas ye. Buat dari awal. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Paedodontic :
Paedo ni susah sikit sbb kita deal dgn budak-budak. So, harus tahu mcmane nak tackle budak-budaklah. Requirement Paedo pun boleh tahan banyaknya. Sy tak berapa ingat. Requirement tu ada pada setiap buku projek Paedo (kertas warna biru). Patient mmg kena cari awal-awal. Utk pt budak sekolah, jgn stay on satu budak je sbb tak selalu sekolah die dlm list yang akan kena panggil oleh fac. So, better ambil 2 sekolah berasingan. Ok?

p/s :
Rasanya, itu sahajalah kot. Minta maaf kalau ada terlepas pandang yang mana-mana. Kalau agak-agak ada soalan nak tanya tu, tanya je lah. Jangan segan-segan. Kat Fb pun ok je. Harap akan ade lah lg senior dari setiap batch utk dtg jumpa batch bawah dan explain ape yg patut. Bantu-membantu tu perkara yg dituntut. Ia juga salah satu cara mendapat pahala percuma. Sampai berjumpa lagi ya. Assalamualaikum.

Writer : Dr Syuwari Azhar Azman
Editor : Nur Fhatin Nadia Jasni Teoh

Tuesday 2 October 2012

Pilihanraya Kampus [PRK]: Fakulti Pergigian

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
Dengan nama Allah, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Bahang Pilihanraya Kampus di UM baru sahaja berlalu minggu lepas.

25 September 2012: Tarikh penting dalam kalendar Universiti Malaya, iaitu tarikh mengundi bagi PilihanRaya Kampus UM.

Seramai 3 calon telah bertanding di peringkat Fakulti Pergigian. Mari kenali mereka, calon-calon fakulti pergigian di MPPUM bagi sesi 2012/2013!



Calon 1: MUHAMAD SHAIFUNIZAM BIN ALIAS



    No. Matriks:  DED100034
    No. Kad Pengenalan: 910301-11-5569
    Fakulti: Pergigian
    PNGK: B
   Semester Pengajian: 1, 2012/2013
   Alamat Sesi: B-2-03, Ehsan Ria Condominium, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya

Manifesto:

1. Mewujudkan kelas bimbingan khas kepada pelajar yang gagal pada setiap ujian semester supaya pencapaian dapat dibaiki sebelum   peperiksaan professional.
2. Membimbing pelajar di bawah Kurikulum Bersepadu (Integrated)   dalam menghadapi peperiksaan professional.         
3. Membaikpulih kemudahan di Makmal Teknologi Pergigian Pelajar dengan menggantikan “fume chamber” yang rosak di dalam bilik plaster disamping  masalah sistem penyaman udara yang sudah lama berlarutan.
4. Mengkaji semula harga makanan yang terdapat di kafeteria pergigian   supaya lebih berpatutan kepada pelajar dan staf.
5. Menyediakan bilik rehat kepada pelajar terutamanya ketika waktu tengahari.
6. Menyelesaikan kelewatan pembayaran masuk elaun sara hidup bagi pelajar tajaan JPA dan menyemak semula yuran  “labcoat” yang dikenakan kepada pelajar.
7. Mempercepatkan pembukaan kantin di Balai Ungku Aziz untuk keselesaan pelajar pra-klinikal.
8. Menyelesaikan isu tawaran penginapan pelajar klinikal di Kolej   Kediaman Ibnu Sina.
9. Melaksanakan program pertukaran pelajar ke luar negara disamping menerima lebih banyak lawatan pelajar dari luar negara.
10. Mewujudkan persekitaran fakulti yang mesra alam dengan mempergiatkan budaya 3R    (reduce,reuse,recycle)




Calon 2: NURNABIHA BINTI MOHD JABID



     No. Matrik: DED090051
     No. Kad Pengenalan: 900830-14-5940
     Fakulti: Pergigian
     PNGK: Lulus
     Semester Pengajian: Tujuh (7)
     Alamat Sesi: Kolej Kediaman Ke-Enam

Manifesto:

1. Menaiktaraf kondisi makmal prostetik berkaitan penghawa dingin yang rosak.
2. Memastikan  kafeteria Balai Ungku Aziz beroperasi dalam masa yang terdekat.
3. Mencadangkan untuk pembersihan lumut dan penambahbaikan tangga di laluan pejalan kaki antara Balai Ungku Aziz ke Kolej Kediaman Kedua.
4. Mencadangkan penggunaan kad parking mahasiswa di tempat letak kereta bertingkat PPUM.
5. Membela nasib pelajar tajaan JPA yang lambat menerima biasiswa berbanding universiti tempatan lain.



Calon 3: KOH KAI KENT





  No. Matrik:   DED 100021
  No. Kad Pengenalan:   910920-14-5759
  Fakulti:  Pergigian
  PNGK:  B+
 Semester Pengajian:  Pertama
 Alamat Sesi:  10, Jalan 12/2, 
Petaling Jaya 
46200 Kuala Lumpur


Manifesto:
1. Memanjangkan waktu operasi perpustakaan.
2. Mencadangkan pembinaan handrail dan bumbung berlindung di sekitar Balai Ungku Aziz.
3. Memanjangkan waktu pembukaan Makmal Prostetik.
4. Menyelesaikan isu penghawa dingin Makmal Prostetik.
5. Memastikan harga yang berpatutan di Kafe bangunan Postgraduates.
6. Mewujudkan bilik rehat untuk para pelajar klinikal.
7. Menambahkan kajiian saintifik.
8. Mencadangkan penambahan peruntukan kewangan untuk Program Pertukaran Pelajar.



Tanggal 25 September 2012, pelajar-pelajar fakulti pergigian telah membuang undi dan memilih calon pilihan mereka.

Dan akhirnya, 2 orang calon yang terpilih sebagai wakil Fakulti Pergigian di Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya bagi sesi 2012/2013 ialah..

KOH KHAI KENT & NURNABIHA MOHD JABID

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mereka berdua, dan juga kepada Muhamad Shaifunizam kerana berusaha untuk mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada pelajar-pelajar Fakulti Pergigian UM.

Marilah bersama-sama memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka berdua supaya dapat membantu mereka dalam menjalankan amanah dan merealisasikan kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka. Semoga berjaya! Doa dan kerjasama kami mengiringi kalian :)

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."
(al-Ahzab:72)

Sunday 30 September 2012

Kem Avant Garde - PPIPUM: Reborn

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum! :)

Kem Avant Garde, disertai oleh ahli-ahli PPIPUM dan PSIPUM (Persatuan Siswa/i Islam Perubatan UM) bertujuan untuk melahirkan pimpinan yang mampu menaikkan lagi fungsi dan imej persatuan masing-masing di samping merancang aktiviti persatuan.
[ pesanan penaja: sorry it's late, but it's still worth reading ;) ]

DAY 1

Peserta-peserta dari PPIPUM tiba di kawasan kem pada waktu Asar. Usai menunaikan solat Asar berjemaah, peserta PPIPUM menjalani aktiviti yang agak santai namun bermakna.

DRAWING CHARADE: Kami dibahagi kepada 2 kumpulan, dan memandangkan hero malaya dari PPIPUM berjumlah seramai 2 orang sahaja,  terpaksalah dipisahkan hero-hero tersebut supaya setiap kumpulan mempunyai seorang hero malaya.

Dalam satu barisan, orang pertama diberikan satu peribahasa Melayu kemudian perlu lukis di atas kertas yang diberikan dalam masa beberapa saat untuk menggambarkan peribahasa tersebut!

Lukisan ditunjukkan kepada orang kedua, dan orang kedua perlu lukis dengan cepat berdasarkan lukisan orang pertama yang terlebih artistik mengalahkan lukisan Monalisa itu, kemudian diulangi perkara yang sama sehinggalah orang terakhir dapat melihat lukisan yang dilukis oleh orang sebelumnya. Orang terakhir pula meneka apakah peribahasa asal yang telah diberikan.


Agaknya beginilah keadaan kami bermain Drawing Charade
Sepatutnya lukisan timba jadi pula gantang beras, bubur McD jadi pula topi, hendak kata perigi cari timba, jadi pula nasi menjadi bubur, aduhai~


Walau bagaimanapun, kami semua enjoy aktiviti ini dan mendapat beberapa pengajaran:
Jangan mudah percaya sesuatu berita jika disampaikan oleh orang lain; perlu semak dulu dengan sumber berita yang sebenar; haruslah kreatif dalam menyampaikan idea; dan jika orang atasan memberi arahan, perlu dipastikan arahan tersebut jelas dan sampai kepada orang bawahan dengan betul.

Kita renungi firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka perikasalah dengan teliti, , agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujurat: 6)
                                                                                  - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - -                                       

TANGGAPAN BURUK:  Dakam satu bulatan, peserta perlu menyatakan satu keburukan orang yang duduk di sebelah kanannya pada tanggapan pertama. Habis bermandi peluh masing-masing hendak memikirkan keburukan orang lain. Setiap orang pasti risaukan sekurang-kurangnya 2 perkara ini:
1. Risau jika tanggapan buruk itu bukanlah diri individu itu yang sebenarnya.
2. Risau andai kita akan menyakiti hati orang lain pula.




Setelah penat memerah otak untuk mengutuk menyatakan keburukan orang lain, kami berjaya menamatkan game ini dengan mendapat beberapa pengajaran:

Tanggapan pertama, terutamanya yang buruk tidak semestinya betul; andai benar terlihat akan keburukan seseorang, tidak perlulah menceritakan kepada orang lain, sebaliknya tegurlah dengan baik. Paling penting sekali, don't judge a book by it's cover!

Mari renungi ayat suci ini pula:
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani"                  
(Al Hujurat: 12)
- - - - - - - - - - - - - - 

Pada sebelah malam pula, setiap peserta PPIPUM ada sesi heart-to-heart talk bersama fasilitator masing-masing di pinggir kolam renang di bawah cahaya rembulan, ehhem. Dalam sesi ini, peserta dapat meluahkan perasaan tentang apa-apa pendapat, tentang kelemahan diri masing-masing dan cara-cara untuk mengatasinya.




Setelah sesi yang menyentuh perasaan ini berakhir, kami diberi pengisian pula mengenai kepentingan berfikir. Betul, pimpinan perlu banyak berfikir untuk menyusun strategi, mengatasi masalah dan menguruskan organisasi. Tidak boleh malas berfikir, kalau begitu, apa gunanya akal yang telah dianugerahkan oleh Allah ini? 


kredit

Selain itu, dalam Islam, kita dituntut berjihad. Berjihad juga bukan semata-mata berperang. Belajar juga berjihad, berubah kepada yang lebih baik juga berjihad. Dan berjihad mestilah harta dan nyawa.

Yang paling penting sekali, istiqamah. 


Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari)


Sebolehnya amalan kita berterusan, dan semakin bertambah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam :)

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, , celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."
(Saidaina Ali r.a)




DAY 2

Pagi Sabtu! :D
Selesai solat Subuh, kami beriadah pagi pula :) Setiap wakil dari course MBBS, Pergigian dan Farmasi dilantik sebagai ketua, dan memilih ahli kumpulan masing-masing yang bercampur antara course. Terserlahlah gaya pemimpin masing-masing untuk memilih ahli.

RUMAH TERBAKAR!!!!
Ada rumah A, rumah B, rumah C. Apabila fasi menyebut rumah mana terbakar, kumpulan yang berada dalam rumah itu perlu lari ke rumah lain dengan kadar pecutan Usain Bolt :D


Aktiviti ini, di samping memanaskan badan kami di pagi hari, memberi pengajaran supaya dengar arahan dengan jelas, bertindak dengan pantas sesuai dengan arahan yang diberikan, dan menunjukkan ciri kepimpinan dalam diri.

TAARUF
Ramai lagi antara para peserta belum kenal sesama sendiri, jadi mari berkenalan :)


FIRST IMPRESSION AGAIN :)
Kami diberi kertas dan pen, dan menulis first impression kami terhadap setiap peserta. Setelah itu beberapa orang peserta berkongsi apa yang orang lain telah tulis di atas kertasnya, ada yang betul, ada yang salah. Nampaknya kami masih perlu kenal satu sama lain dengan lebih baik :)

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu , (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)
(al-Hujurat: 13)

Sangat penting kan, dalam pimpinan untuk mengenali setiap ahli dengan baik, serta menyedari kelebihan dan potensi yang mereka ada untuk disumbang dalam persatuan kelak.


Pada waktu tengah hari pula, peserta dibahagikan kepada PPIPUM dan PSIPUM, dan menjalani aktiviti mengikut fasilitator persatuan masing-masing. Peserta PPIPUM menjalani BEDAH AKTIVITI:

Melalui aktiviti ini, dapatlah kami menilai semula aktiviti-aktiviti PPIPUM yang lepas, apa kekurangan dan kelebihan yang ada, pada bahagian mana yang boleh diperbaiki lagi, dan membincangkan strategi untuk merancang aktiviti yang sama tetapi dengan lebih baik pada sesi kali ini.



Selepas itu, bersama-sama dengan peserta PSIPUM, kami menjalani aktiviti meribut otak (baca: brainstorming) yang dikendalikan oleh seorang wakil dari PSIPUM. Kami ditanyakan beberapa soalan untuk difikirkan, bagaimana untuk selesaikan sesuatu masalah, apakah jalan yang terbaik, apakah cara yang terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat persatuan, apakah rasionalnya tindakan kita, adakah akan berjaya apap yang kita rancangkan? Begitu banyak persoalan, kami juga letih untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Akhirnya, kesimpulan yang kami dapat:
 Brainstorming sangat memenatkan

Okey, cuma bergurau senda di bulan september~ Sebenarnya brainstorming sangat-sangat MEMBANTU kami untuk menyelesaikan masalah persatuan di samping menyusun strategi yang baik untuk mencapai matlamat persatuan. Kami dipaksa untuk betul-betul berfikir, dan berhati-hati dengan setiap tindakan kerana boleh melencongkan kami dari matlamat asal persatuan.

Melalui brainstorming ini jugalah kami dapat merangka semula VISI dan MISI PPIPUM, serta membincangkan OBJEKTIF dan TEKNIK untuk mencapai visi dan misi yang telah dirangka.


Pada sebelah petang pula, riadah!


Pass the balloons: Setiap kumpulan beratur dalam satu barisan, kemudian selang-satu ahli, mata ahli akan ditutup. Belon berisi air pula perlu ditangkap oleh setiap ahli, jadi malanglah ahli yang tertutup matanya, kalau tidak dapat menangkap belon, basah kuyup jawabnya~

Jarum dan benang: Kali ini pula, selepas setiap ahli pusing mengelilingi kerusi sebanyak sepuluh kali sampai pening nak termuntah, perlu berlari ke arah dulang berisi tepung, jawab soalan matematik, dan seterusnya tiup dengan sepenuh hati dan jiwa sampai nampak bayang jarum dan benang. Kemudian tibalah babak paling mencabar bagi kaum lelaki, iaitu memasukkan benang ke dalam jarum. Sempat jugalah ahli-ahli lain bersantai minum kopi sambil menunggu peserta lelaki hendak memasukkan benang ke dalam jarum (gurau je, jangan tuduh saya racist pula:) ). Namun begitu, semua ahli masih memberi semangat supaya kumpulan masing-masing berjaya, kami tidak meninggalkan ahli kumpulan kami begitu sahaja :) 

Ikat kaki: Setiap kumpulan diikat kakinya dengan ahli kumpulan masing-masing, lalu membentuk satu barisan (peserta lelaki dan perempuan dijarakkan walaupun kaki diikat). Kami berlumba untuk mengutip belon di sepanjang laluan, kemudian berpatah balik ke tempat permulaan. Ada yang tersadung, tersangkut kaki dengan tali, sampai bengkak juga pergelangan kaki dek kuat ikatan talinya. Tapi yang penting semua kumpulan selamat sampai ke tempat permulaan, tiada kecederaan serius dilaporkan :D


Kalau 7 orang diikat kaki bersama, agaknya bagaimana?

Melalui riadah petang ini, banyak perkara yang kami pelajari. Antaranya:
Kita perlu saling menolong ahli yang kekurangan, atau menghadapi masalah, seperti ahli yang ditutup matanya dalam game pertama tadi, Bantu mereka untuk bersedia menangkap belon, memberi direction ke mana arah belon akan dicampakkan, dan bila belon akak dibaling. Jangan pula terus baling tanpa memberitahu ahli tersebut, kes aniaya tu!

Dalam game kedua pula, banyak mendidik kami untuk bersabar. Walaupun ahli susah hendak memasukkan benang ke dalam lubang jarum, bantulah dia dengan memberi nasihat atau semangat, jangan pula mengutuk dan menjatuhkan semangatnya. Hey, bukan semua orang boleh buat perkara yang sama kan, setiap orang ada kelebihan masing-masing :)

Game terakhir, banyak menuntut kerjasama dalam kumpulan. Kalau seorang ahli nak berlari, yang lain pula berjalan dengan perlahan, sedangkan kaki semuanya terikat, tentulah jatuh tersungkur ahli-ahli kumpulan. Komunikasi, kerjasama dan tolak ansur dalam organisasi: sangat penting!


Pada sebelah malam, selepas melantak menikmati hidangan barbeque yang disediakan oleh fasi-fasi tercinta, kami teruskan dengan aktiviti brainstorming lagi hinggalah larut malam.


DAY 3
Hari terakhir, kami masih lagi dengan aktiviti brainstorming. Jangan salah faham pula, aktiviti ini bukan membosankan, malah sangat penting. Dan brainstorming bukannya boleh dilakukan dengan sekejap, banyak perkara perlu dibincangkan, banyak tindakan perlu dinilai semula, adakah wajar atau tidak. Semua ini demi memastikan persatuan masing-masing menjadi persatuan yang functional dan bukan hanya wujud pada nama tetapi tidak berfungsi. Kami sangat berharap dapat merangka strategi dengan baik supaya kebajikan pelajar terjaga dan ukhuwah antara pelajar akan bertambah erat. Islam mengajar kita supaya saling mengasihi dan mengambil berat akan saudar-saudara kita :)



Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihani saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dalam pukul 4 petang, setelah menamatkan aktivti brainstorming, kem ini pun berakhir dengan jayanya. Presiden dari persatuan PPIPUM dan PSIPUM berkongsi sedikit isi hati mereka berkenaan kem ini. Sememangnya selepas kem ini, baru terasa beban amanah yang akan ditanggung oleh pimpinan, benarlah teka-teki Imam Ghazali, benda paling berat di dunia ialah amanah. Allah juga telah menyatakan di dalam ayat suci al-Quran:

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(al-Ahzab: 72)

InsyaAllah, kami akan cuba melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaiknya :) Yakin dengan janji Allah:

"Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(surah Muhammad: 7)

Kem ini tentu tidak akan berjaya tanpa AJK dan fasilitator yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk membimbing kami dalam memimpin persatuan ini, terima kasih kami ucapkan!

Semoga kami dapat memikul amanah ini :)

Dan semua usaha ini juga akan menjadi sia-sia jika ahli-ahli PPIPUM dan PSIPUM tidak memberikan kerjasama sepenuhnya. Jadi kami memohon kerjasama anda semua untuk bersama membantu kami menepati matlamat persatuan masing-masing yang ingin memenuhi tuntutan Islam dalam menjaga kebajikan dan ukhuwah bersama. Kami dahului kerjasama anda dengan ucapan terima kasih! :) Semoga Allah sentiasa mempermudah urusan kita semua dan meletakkan kita di jalan yang benar, insyaAllah :)

PPIPUM: DENTIST BY PROFESSION, MUSLIM BY CAREER


* terima kasih sudi membaca coretan ini dan maaf andai tersalah tulis atau terkasar bahasa :) Cadangan, kritikan dan apa jua pendapat sangat dialukan, terima kasih semua.
Jangan segan-segan kucing untuk  meninggalkan sebarang kata-kata semangat untuk  menaikkan semangat kami bagi menjaga kebajikan anda semua :D