Monday 23 January 2012

JAMUAN PELAJAR PERGIGIAN TAHUN PERTAMA BERSAMA-SAMA PELAJAR TAHUN KETIGA DAN KEEMPAT

                Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana pada 6 hb Disember yang lalu telah berlangsungnya jamuan antara pelajar tahun pertama fakulti Pergigian bersama-sama pelajar tahun ketiga dan keempat. Tujuan jamuan ini diadakan untuk merapatkan ukhwah antara pelajar–pelajar fakulti pergigian. Selain itu, jamuan ini sebenarnya ingin menggantikan Malam Tautan Hati yang tidak boleh diadakan  akibat  faktor tertentu dan pelajar tahun pertama telah mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis ini supaya dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan senior.
ukhwah antara pelajar tahun pertama dan tahun ketiga
                Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 9.00malam yang dimulai dengan ketibaan para pelajar tahun 3 dan 4. Selepas itu, saudara Ahmad Ikram iaitu wakil pelajar tahun pertama telah memberikan sedikit ucapan alu-aluan sebagai pembuka majlis  dan selepas itu kami mengadakan sesi berkenalan.Jamuan makan bermula dengan bacaan doa dan sambil menjamu selera para pelajar mengambil kesempatan untuk berkenalan dan bermesra antara satu sama lain. Tambahan pula, selepas makan, semua pelajar berada dalam kumpulan yang terdiri daripada pelajar tahun pertama, ketiga dan keempat  yang membolehkan kami berinteraksi dan berkongsi pendapat. Kami berasa begitu teruja kerana kali pertama bertemu pelajar tahun ketiga  dan tahun keempat, pelbagai tip-tip mengenai pelajaran kami perolehi. Walaupun pertemuan yang singkat, namun ia penuh bererti buat kami semua.
berkongsi cerita dan pengalaman
                Kami berharap agar aktiviti sebegini dapat diadakan lagi supaya hubungan sesama pelajar fakulti Pergigian ini tidak terputus. Sesungguhnya ukhwah yang kuat akan membantu kita untuk bangkit untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Setiap kesilapan yang kami lakukan sebelum atau selepas majlis ini, kami memohon maaf kerana tidak semua itu sempurna. InsyaAllah dengan rahmatNya kita akan hidup dengan aman dan damai sebagai khalifah di muka bumi ini.
pelajar-pelajar tahun pertama
Disediakan Oleh : Amirul Fahmi

No comments:

Post a Comment