Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillah ilham...
Apabila menyebut tentang Hari Raya Aidiladha ini, perkara yang segera mendandan benak fikiran kita adalah ibadah korban dengan menyembelih lembu, kambing dan mungkin unta. Kalau tidak pun ibadah haji yang dilakukan bagi yang mampu di Makkah.
Apabila menyebut tentang Hari Raya Aidiladha ini, perkara yang segera mendandan benak fikiran kita adalah ibadah korban dengan menyembelih lembu, kambing dan mungkin unta. Kalau tidak pun ibadah haji yang dilakukan bagi yang mampu di Makkah.
Masihkah kita ingat akan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim
a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s ? Kisah dimana Allah s.w.t memerintah Nabi Ibrahim
a.s untuk menyembelih puteranya Ismail.
Maka
ketika anak itu sampai(pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim)
berkata:” Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu.
Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu” Dia (Ismail) menjawab: “Wahai ayahku,
lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu, InsyaAllah engkau akan
mendapatiku termasuk orang yang sabar”. [As-saffat: 102]
Kisah Nabi Ibrahim a.s sekeluarga ini merupakan
gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang Nabi kepada Tuhannya,
seorang ayah kepada anaknya, seorang suami kepada isterinya dan juga seorang
ibu kepada anaknya. Si ayah yang hendak menyembelih anaknya, si anak yang sanggup
disembelih dan si ibu juga merelakannya.
Itu kisah zaman Nabi Ibrahim a.s. Zaman sekarang?
Berapa ramai yang sanggup berkorban dijalan Allah? Dalam usaha untuk menegakkan
agama Allah, banyak halangan dan ujian yang perlu ditempuh dan pengorbanan diperlukan
bagi mencapai matlamat yang diingini.
Pengorbanan memerlukan cinta. Cinta sejati yang
memandu manusia untuk melakukan apa sahaja. Pengorbanan sama juga halnya kita
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita impikan. Berkorban
demi cinta. Berkorban demi kebahagian keluarga. Berkorban demi mempertahankan
sebuah persahabatan. Berkorban masa dan harta serta macam-macam lagi. Tapi
pengorbanan bukan hanya manis dibibir sahaja. “You jump, I jump”.Nilai pengorbanan sebenar mestilah ikhlas
semata-mata kerana Allah. Hanya Allah yang layak berada di carta tertinggi
dalam hati kita.
Langit Ilahi |
Syurga itu nilainya terlalu tinggi dan bagi kita
yang ingin mengecapinya perlukan bayar dengan harga yang tinggi. Segala bentuk
pengorbanan dari segi harta, tenaga, masa mahupun nyawa yang merupakan pinjaman
dari Allah adalah jalan menuju taqwa dan merupakan kunci memasuki syurga.
Kesungguhan dan keikhlasan dalam sebuah perjuangan yang disandarkan kepada
Allah akan terbalas dengan nikmat yang teragung dari-Nya. Semoga kita mendapat ibrah di Aidiladha ini dan berkorbanlah kerana Allah.
No comments:
Post a Comment