Diriwayatkan
dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Mukmin yang kuat
lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun
masing-masing ada kebaikan. Semangatlah meraih apa yang manfaat untukmu dan
mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan bersikap lemah. Jika engkau
tertimpa suatu musibah janganlah mengatakan, “Seandainya aku berbuat begini dan
begitu, niscaya hasilnya akan lain.” Akan tetapi katakanlah, “Allah telah
mentakdirkannya, dan apa yang Dia kehendaki Dia Perbuat.” Sebab, mengandai-andai
itu membuka pintu syaitan.” (HR. Muslim)
Makna
Mukmin Profesional itu diambil daripada perkataan Arab iaitu Al QAWIY dan AL
AMIN di mana maksud al-amin (amanah) merujuk kepada Mukmin dan al-qawiy (kuat)
merujuk kepada Profesional.
Kuat atau profesional dalam menjalankan tugas
bermaksud seseorang yang mempunyai kemampuan (kompetensi) yang tinggi untuk
melakukan sesuatu tanggungjawap atau peranan. Termasuk dalam istilah ini ialah
ilmu, kemahiran, bakat yang ada pada seseorang untuk membolehkannya melakukan
sesuatu pekerjaan dengan cekap dan berkesan. Kuat juga dimaksudkan sebagai
kesihatan fizikal dan kecerdasan akal.
Manakala amanah pula merujuk kepada soal kelakuan
atau soal kemukminan. Ini soal kualiti seseorang; iaitu hati yang sihat, hati
yang positif dan hati yang murni.
Contoh teladan Mukmin profesional yang perlu
menjadi ikutan kita ialah Rasululullah SAW. Rasulullah telah berjaya dalam perbagai bidang semasa kehidupan Baginda
antaranya Rasulullah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi pendakwah yang
hebat serta sebagai jeneral yang hebat dan kuat terlibat dalam peperangan.
Faktor kejayaan baginda dalam bidang perniagaan dan ketenteraan ialah
kelakuannya yang baik (Mukmin) dan kepakaran-nya yang tinggi (Profesional).
Mukmin
Profesional perlu meletakkan dunia adalah tempat untuk bercucuk tanam dan
akhirat ialah tempat untuk kita menuai hasilnya. Jika kita bijak dan pandai
serta rajin bercucuk tanam maka hasil tuaian kita nanti insyaAllah tidak
menghampakan, malah menjanjikan pulangan yang lumayan iaitu keredhaan Allah dan
ganjaran Syurga. Perlu kita ingat bahawa dunia adalah alat yang perlu digunakan
sebaik mungkin untuk kita mencapai kehidupan yang abadi di akhirat kelak.
Pekerja
yang sentiasa memberi khidmat dalam pekerjaannya tanpa mengira masa dan tenaga
dan gembira melakukan kerja tersebut tanpa mengharapkan balasan adalah pekerja
yang cemerlang. Bukankah memberi lebih baik daripada menerima, marilah kita
sama-sama lebih banyak memberi daripada menerima. Fikirkan dan renungkan lah
apa yang telah kita sumbangkan kepada organisasi kita bukan apa yang kita dapat
daripada sesuatu organisasi. Percayalah kuasa memberi amat hebat kesannya, Allah
melipatgandakan usaha memberi hambaNya sebanyak tujuh kali ganda banyaknya maka
dapatlah dikatakan bahawa memberi membuatkan harta kita akan bertambah tidak
kiralah apa yang kita beri samada tenaga, senyuman, pertolongan, doa dan
pertolongan dalam bentuk harta sekalipun.
Untuk
mengetahui apakah kita sudah layak menjadi Mukmin Profesional, soalan yang
harus kita tanya pada diri kita sendiri adalah apakah kita seronok, berasa puas
dan gembira apabila kita dapat peluang memberi apa sahaja bentuk kebaikan dalam
apa keadaan sekalipun sebagai menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T?
Kalau kita sudah mendapatkan keseronokkan ketika memberi dan kita memberi
kerana mencari redha Allah semata-mata, maka bersyukurlah kepada Allah dan
semoga Allah kekalkan hidayah-Nya kepada kita sehingga ke akhir hayat.
Langkah
menjadi Mukmin Professional
1- Menentukan arah hidup.
Hidayah adalah petunjuk daripada
Allah SWT buat manusia dalam pengembaraannya yang panjang.
2- Menetapkan tujuan hidup.
Ibadah adalah misi hidup yang
menjadi penjamin untuk mencapai ” Visi Hidup ” di dunia dan Akhirat ; tujuan
dan keperluan; juga material dan kerohanian.
3- Mengikut jalan Islam.
Agama Islam adalah jalan yang
lurus dan tulus menuju Allah SWT. Kebahagiaan bukan hanya di hujung jalan,
tetapi di sepanjang jalan.
4- Menyediakan bekalan hidup.
Solat adalah silah- Hubungan
yang menjadi energi, hati, emosi, akal dan fizikal dalam kehidupan.
5- Memiliki pendorong
hidup.
Zikrullah adalah syarat bahagia
bila rasa kehambaan dan rasa bertuhan dapat dihayati semasa menimba hikmah
tersirat disebalik ujian.
6- Mengatsi halangan hidup.
Dosa adalah belenggu penjerat
jiwa yang menjanjikan resah dan lemah. Taubat adalah wadah kemerdekaan untuk
menuju Allah SWT.
7- Menghadapi kesudahan hidup.
Mati bukanlah satu pengakhiran,
tetapi satu permulaan kepada satu perjalanan yang tidak akan berakhir. Ia
petanda awal sama ada akan bahagia atau derita, selamanya.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment