PART 2
31 Disember 2012
Tepat jam 5 pagi, kamar kami diketuk, dikejutkan untuk bersiap2 berqiammulail. Secara jujurnya, qiammulail adalah sesi yg paling saya nanti2 kan dalam perkhemahan ini. Entah kenapa hati rasa berdebar2, teruja dan energetic semasa menuruni anak2 tangga yang menuju ke tanah lapang untuk kami berjemaah.
Berqiammulail di atas tanah, bertemankan cahaya bulan dan bunyi air sungai adalah sesuatu yang amat menenangkan. Satu perasaan yg tidak dapat diungkapkan keindahannya....Hati berasa sayu mengadap Pencipta dan tidak putus2 bersyukur kerana berpeluang merasakan kelainan ini. Zikir dilaungkan sepenuh hati secara berjemaah memecah keheningan waktu subuh pagi itu...
Selepas selesai sarapan pagi, kami diberi beberapa talk pengisian daripada saudara Nik Hatim Dziauddin selaku pengarah program dan beberapa aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK).
group Coklat A yang terdiri daripada 3 orang pelajar dental Norhazlinda Mat Zin (3rd year), Nur Izzati Hanisah (1st year) & Syamimi (1st year) |
Walaupun pada mulanya, kami berasa terlalu ‘tua’ untuk turut serta dalam perbincangan LDK bersama peserta2 1st year medik, namun kami pujuk hati agar turut serta bersama mereka. Alhamdulillah, keadaan tidak seperti yang disangka. Keserasian mula dirasai di antara ahli kumpulan termasuk kami :)
Nur Farhah Mohamad (3rd year) antara ahli kumpulan Oren A |
Hashimah Ismail (3rd year) bersama ahli kumpulannya, Hijau A |
Bukti Kejadian :
FC menyediakan 1 longgokan pasir sungai, 1 longgokan batu2 besar dan ½ botol yg sudah siap dipotong. Arahannya, isikan sebanyak mungkin batu2 dan pasir tersebut di dalam botol dan SEDIAKAN ALASAN mengapa memilih stategi pengisian begitu.
Sebaik arahan dikeluarkan, semua peserta kumpulan saya terus meluru mengisi batu2 besar di dalam botol dengan cepat manakala saya baru TERKIAL2 hendak mula berfikir “ok, nak masuk yg mana dlu ye?think!think!”.
Melihat kelakuan ahli kumpulan, jadi saya bersuara “hrm...bukan kita kena fikirkan dulu apa rasionalnya kita masukkan batu2 dulu bukan pasir or vice versa?”
Melihat kelakuan ahli kumpulan, jadi saya bersuara “hrm...bukan kita kena fikirkan dulu apa rasionalnya kita masukkan batu2 dulu bukan pasir or vice versa?”
“oh, bagi pendapat saya, mestilah kena masukkan batu dulu kan kak, sebab nanti, ruang2 kosong di antara batu tu nanti barulah pasir boleh isi. So bnyk la pasir boleh masuk dlm ni.
Hrm...klo isi pasir dulu, kang sikit je batu boleh masuk”.
“setuju2!” jawap yg lain.
WOOW! CEPAT BETUL MEREKA BERFIKIR! Padahal saya baru hendak MULA berfikir! T_T
“hrm....betul2” jawab akak 3rd year sambil senyum kambing dan mula join mengisi batu -.-‘
Hrm...klo isi pasir dulu, kang sikit je batu boleh masuk”.
“setuju2!” jawap yg lain.
WOOW! CEPAT BETUL MEREKA BERFIKIR! Padahal saya baru hendak MULA berfikir! T_T
“hrm....betul2” jawab akak 3rd year sambil senyum kambing dan mula join mengisi batu -.-‘
Kak Nurul Akma (5th year) berkongsi tips belajar dalam bidang pergigian |
Treasure hunt adalah salah satu aktiviti yang betul2 breaking the ice di kalangan kami, peserta. Pada mulanya memang terasa segan hendak berlari ke hulur-hilir dari cek point ke cek point. Lama2 seronok juga. Jadi layaaaaan kan aja:D
BINA MENARA
Setiap cek point, akan ada 2 kumpulan bertanding. Untuk cek point ini, menara yang paling tinggi harus dibina dengan menggunakan straw dan cellophane tape. Nampak senang, tapi memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan kata sepakat^^
SELAMATKAN DAKU!
ranting-ranting kecil perlu diikat dengan menggunakan tali rafia |
sambung ranting-ranting kecil sehingga panjangnya cukup untuk mencapai kunci |
Nur Aainaa Hamzah (3rd year) bersama ahli kumpulan Biru A, bersemangat untuk mengambil kunci dengan menggunakan ranting-ranting kayu yang telah disambung
Help me!! cepat2 selamatkan mangsa yang berbaju oren tu
|
Apa yang diuji di dalam game ini adalah kerjasama, kesabaran dan strategi untuk mencantumkan ranting2 agar cukup kuat dah kukuh untuk mencapai anak kunci. Mencantum ranting dengan hanya diberikan tali rafia yang pendek2 bukan sesenang yang disangka ya......
Banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan dalam treasure hunt...
siapa kental? menguji kekuatan fizikal dan kerjasama ahli kumpulan |
B
teka silangkata..di antara game yang paling mencabar kerana hanya beberapa group sahaja yang dapat menyelesaikannya Menguji daya ingatan, kreativiti dan imaginasi |
ahli kumpulan yang berada di luar perlu mengingat dan mencatat huruf yang ditukar kepada simbol |
setelah simbol diambil, mereka perlu bekerjasama menggabungkan simbol2 untuk membentuke sesuatu perkataan |
comot muka dan baju setelah tiup tepung untuk mencari kad bergambar |
- surah Al Fatihah - gambar jalan yang lurus
- surah Al Asr - gambar pedang
- surah An Nuur
- surah Al Hajj
- surah Al Maidah
- surah Asy Syams
- surah Al Hujuraat
dan lain2...
Cek point ini menguji, adakah kita peduli dan ambil tahu tentang maksud dan nama surah harian yang kita baca? Atau hanya sekadar ‘baca’. Untuk cek point ini, adik2 1st year lebih banyak tahu jawapan nya dari saya. Kebanyakkan mereka siap boleh menterjemahkan maksud surah, subhanAllah...padahal saya?hanya tahu sedikit2 sahaja dan lebih banyak ‘try and error’ -.-
Setiap kumpulan yang menang akan mendapat barang2 keperluan melukis seperti pemadam, pembaris, pensil warna, cryon dan sebagainya untuk melukiskan pemandangan dibawah
bukan sesenang yang disangka...nak mula melukis pun tak tahu bagaimana -.-'
Setiap kumpulan yang menang akan mendapat barang2 keperluan melukis seperti pemadam, pembaris, pensil warna, cryon dan sebagainya untuk melukiskan pemandangan dibawah
bukan sesenang yang disangka...nak mula melukis pun tak tahu bagaimana -.-'
kumpulan ini hanya berjaya mendapat pensil dan kertas...
peserta Nur Farhah sedang khusyuk mewarna
kumpulan yang berjaya mendapatkan pensil warna..
peserta noor fadzilah sedang fokus melukis
Selepas selesai treasure hunt, kami minum petang, solar asar berjemaah dan mendapat sedikit pengisian rohani dari Kak Nurul Rabizah, dental student final year kita
Kak Rabizah (5th year) menyampaikan slot Akhlak |
Kemudian kami diberi masa untuk berbincang di antara kumpulan untuk persembahan pada malam itu. Persembahannya haruslah berkaitan dengan tema kem Tautan Hati iaitu “ Bersama Mengenal Tuhan”
“Hrm.....nak buat ape ea? Tak kan nak bernasyid je kot. Akak mesti ada cadangan”
“Eh, akak tak de cadangan...belum ada idea...hrm.."pura2 fikir
Selepas beberapa minit........
“Saya ada cadangan! Saya ada terbaca surah ah hajj ayat 46, tafsir............... sambil membuka tafsir Al-Quran nya.
“Apa kata kita buat lakonan berdasarkan ayat ni?”
“Ok2! Best! Setujuuuuuuu”
Perbincangan di teruskan.
SubhanaAllah, di dalam hati saya pada waktu itu berasa amat kagum dengan mereka. Idea2 mereka sangat luar biasa dan sentiasa bersemangat. Sepanjang perbincangan, saya menjadi volunteer tukang catat hehe.Masa yang di allocate kan sangat pendek, jadi tidak sempat untuk practice sepenuhnya.
Selepas solat maghrib berjemaah, kami solat hajat dan membaca yassin. Semasa hendak mula membaca yassin, berlaku gangguan bekalan eletrik yang agak lama. Jadi hanya beberapa lampu suluh dan lampu dari hp dipasang bagi menerangi bacaan yassin kami..Sementara menunggu isya’ ,imam kami pada waktu itu saudara Nik Ahmad Hatim bin Nik Mohamad Dziauddin mengepalai bacaan tahmid dan takbir sepenuh hati,diikuti kami para jemaah..
Di dalam suasana yg gelap, diiringi zikirullah,hati saya berasa sayu dan shahdu. Menitis air mata merasakan cintanya Allah pada hambaNya. Allah sentiasa menyalurkan kemanisan dalam setiap apa yang dilakukan oleh hambanya selagi perkara2 itu tidak bencanggah dengan suruhanNya, walaupun pada mulanya adalah sebaliknya. Saya merasakan seperti menjadi tetamu Allah, yang tepilih untuk menyertai kem ini..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
*nantikan PART 3...:)
Di dalam suasana yg gelap, diiringi zikirullah,hati saya berasa sayu dan shahdu. Menitis air mata merasakan cintanya Allah pada hambaNya. Allah sentiasa menyalurkan kemanisan dalam setiap apa yang dilakukan oleh hambanya selagi perkara2 itu tidak bencanggah dengan suruhanNya, walaupun pada mulanya adalah sebaliknya. Saya merasakan seperti menjadi tetamu Allah, yang tepilih untuk menyertai kem ini..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
*nantikan PART 3...:)
No comments:
Post a Comment