Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillahi robbil’alamin..syukur yang tidak terhingga di rafakkan ke hadrat Allah swt. Kaifahaluk semua?^^ harap semuanya sihat walafiat.Saya telah di tugaskan untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yg telah saya dan kawan2 timba selama kami menyertai kem tautan hati di Photon Valley Resort, Ulu Langat dari 30/12/2011- 1/1/2012..Promotion untuk kem ini ada di sini. Kami yg menghadiri kem ini terdiri dari 6 org 3rd year dan 3 org 1st year.
*Diharapkan pembaca dapat membaca sehingga habis entry ini untuk mengelakkan sebarang salah faham, insyaAllah*
PART 1
30 Disember 2012
Kami bertolak dari tempat parking bus UM selepas selasai solat maghrib berjemaah di 1st kolej. Sebaik sahaja masuk ke dalam bus, keadaan begitu asing. Ramai peserta yang kami tidak pernah lihat.Kami sedia maklum yg hanya kami bersembilan sahaja yg dari fakulti pergigian, jadi kami mengandaikan, pasti mereka peserta2 dari fakulti yang lain. Di dalam bus, kami disajikan dgn filem ‘Alamak! Toyol!’. Perjalanan mengambil masa kira2 1 jam.
Sampai sahaja di Photon Valley Resort, kami check in bilik dahulu..satu bilik 4 org. Untuk pengetahuan semua, peserta2 Kem Tautan Hati adalah tetamu pertama yg mengadakan perkhemahan di sana. Photon Valley adalah tempat perkhemahan baru yang masih belum dibuka. Sepatutnya ia dibuka pada Januari 2012. Jadi bilik2, toilet, kafe makan dan segala fasiliti di situ kami yang merasmikannya. Tilam dan bantal pon masih berbalut plastik^^.
Di tingkat atas itu adalah bilik perempuan, bawahnya pula toilet2 dan bilik Fasilitator |
Sesudah check in, kami dikumpulkan di dewan serbaguna. Terasa begitu asing di mana kami tidak mengenali siapa2 di sana. Jadi kami mengambil tempat paling belakang di dalam dewan.
antara peserta2 perempuan |
“ What??? FC2 ni tahun 2??Kan kita 3rd year?”
“ Esok ada LDK (latihan dalam kumpulan) dengan budak2 1st year medik?NOOO T_T”
“ Takde langsung peserta yg sebaya ke?”
“ I WANT TO GO HOMEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!” |
Kebanyakan kami tahun 3 merasakan kami tidak sepatutnya hadir ke perkhemahan ini. Awkward moment PASTI akan berlaku! Kami dipecah2 kan mengikut kumpulan di mana semua ahli kumpulan kami adalah 1st year medik dan begitu juga ketua kumpulan kami. Dapatkah anda membayangkan situasi ini? Seperti yang dijangka, awkward moment berlaku. Kebanyakkan ahli kumpulan kami begitu aktif berborak2 tentang perkara yg kami tidak tahu. Almaklumlah, mereka semua kenal di antara satu sama lain. Handphone lah penyelamat saya, peneman sepanjang malam sesi suai kenal di dalam kumpulan malam itu. Masa itulah, segala game yg ada di dlm handphone dimain T_T.
* nantikan PART 2..insya Allah pada minggu hadapan :)
No comments:
Post a Comment