Wednesday 14 March 2012

Jalinan Ukhwah Mukmin Professional (JUMP) 2012 [Promo]

Assalamualaikum semua :)


Jalinan Ukhwah Mukmin Professional (JUMP) 2012 merupakan kem kesinambungan daripada Kem Tautan Hati. JUMP yang menjadi agenda tahunan dalam PSIPUM (Persatuan Siswa/Siswi Islam Perubatan Universiti Malaya) buat julung kalinya pada tahun ini bekerjasama dengan PPIPUM dan membuka peluang kepada semua kursus kesihatan iaitu perubatan, pergigian, farmasi, biomed, imaging dan nursing.

Kali ini dengan tema 'Producing Professional Muslim Leaders', kem selama 3 hari 2 malam ini diadakan sekali lagi di Excel Training & Resort, Lenggeng Negeri Sembilan sama seperti tahun lepas. Terhad kepada 120peserta sahaja dan kini telah menerima sambutan hangat daripada peserta sehingga ada yang menunggu dalam 'waiting list'.

Insya Allah program ini menjadi medium bagi mengumpul dan menjalinkan ukhwah semua pelajar kursus kesihatan di mana selama ini kita bergaul dalam kelompok yang sama. Kesedaran tentang kebergantungan antara kita semua yang berlainan jurusan perlulah diterapkan dari awal lagi sebelum di alam pekerjaan nanti.

Semoga program ini akan melahirkan dental surgeon yang mengamalkan akidah Islamiyah yang mantap dan kukuh

Islam is the way of life

doakan kelancaran program ini ye :)



No comments:

Post a Comment