بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum! :)
Kem Avant Garde, disertai oleh ahli-ahli PPIPUM dan PSIPUM (Persatuan Siswa/i Islam Perubatan UM) bertujuan untuk melahirkan pimpinan yang mampu menaikkan lagi fungsi dan imej persatuan masing-masing di samping merancang aktiviti persatuan.
[ pesanan penaja: sorry it's late, but it's still worth reading ;) ]
DAY 1
Peserta-peserta dari PPIPUM tiba di kawasan kem pada waktu Asar. Usai menunaikan solat Asar berjemaah, peserta PPIPUM menjalani aktiviti yang agak santai namun bermakna.
DRAWING CHARADE: Kami dibahagi kepada 2 kumpulan, dan memandangkan hero malaya dari PPIPUM berjumlah seramai 2 orangsahaja, terpaksalah dipisahkan hero-hero tersebut supaya setiap kumpulan mempunyai seorang hero malaya.
Dalam satu barisan, orang pertama diberikan satu peribahasa Melayu kemudian perlu lukis di atas kertas yang diberikan dalam masa beberapa saat untuk menggambarkan peribahasa tersebut!
Lukisan ditunjukkan kepada orang kedua, dan orang kedua perlu lukis dengan cepat berdasarkan lukisan orang pertama yang terlebih artistik mengalahkan lukisan Monalisa itu, kemudian diulangi perkara yang sama sehinggalah orang terakhir dapat melihat lukisan yang dilukis oleh orang sebelumnya. Orang terakhir pula meneka apakah peribahasa asal yang telah diberikan.
Sepatutnya lukisan timba jadi pula gantang beras, bubur McD jadi pula topi, hendak kata perigi cari timba, jadi pula nasi menjadi bubur, aduhai~
Kita renungi firman Allah:
TANGGAPAN BURUK: Dakam satu bulatan, peserta perlu menyatakan satu keburukan orang yang duduk di sebelah kanannya pada tanggapan pertama. Habis bermandi peluh masing-masing hendak memikirkan keburukan orang lain. Setiap orang pasti risaukan sekurang-kurangnya 2 perkara ini:
1. Risau jika tanggapan buruk itu bukanlah diri individu itu yang sebenarnya.
2. Risau andai kita akan menyakiti hati orang lain pula.
Setelah penat memerah otak untukmengutuk menyatakan keburukan orang lain, kami berjaya menamatkan game ini dengan mendapat beberapa pengajaran:
Mari renungi ayat suci ini pula:
Pada sebelah malam pula, setiap peserta PPIPUM ada sesi heart-to-heart talk bersama fasilitator masing-masing di pinggir kolam renang di bawah cahaya rembulan, ehhem. Dalam sesi ini, peserta dapat meluahkan perasaan tentang apa-apa pendapat, tentang kelemahan diri masing-masing dan cara-cara untuk mengatasinya.
Peserta-peserta dari PPIPUM tiba di kawasan kem pada waktu Asar. Usai menunaikan solat Asar berjemaah, peserta PPIPUM menjalani aktiviti yang agak santai namun bermakna.
DRAWING CHARADE: Kami dibahagi kepada 2 kumpulan, dan memandangkan hero malaya dari PPIPUM berjumlah seramai 2 orang
Lukisan ditunjukkan kepada orang kedua, dan orang kedua perlu lukis dengan cepat berdasarkan lukisan orang pertama yang terlebih artistik mengalahkan lukisan Monalisa itu, kemudian diulangi perkara yang sama sehinggalah orang terakhir dapat melihat lukisan yang dilukis oleh orang sebelumnya. Orang terakhir pula meneka apakah peribahasa asal yang telah diberikan.
Agaknya beginilah keadaan kami bermain Drawing Charade |
Walau bagaimanapun, kami semua enjoy aktiviti ini dan mendapat beberapa pengajaran:
Jangan mudah percaya sesuatu berita jika disampaikan oleh orang lain; perlu semak dulu dengan sumber berita yang sebenar; haruslah kreatif dalam menyampaikan idea; dan jika orang atasan memberi arahan, perlu dipastikan arahan tersebut jelas dan sampai kepada orang bawahan dengan betul.
Kita renungi firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka perikasalah dengan teliti, , agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujurat: 6)
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
TANGGAPAN BURUK: Dakam satu bulatan, peserta perlu menyatakan satu keburukan orang yang duduk di sebelah kanannya pada tanggapan pertama. Habis bermandi peluh masing-masing hendak memikirkan keburukan orang lain. Setiap orang pasti risaukan sekurang-kurangnya 2 perkara ini:
1. Risau jika tanggapan buruk itu bukanlah diri individu itu yang sebenarnya.
2. Risau andai kita akan menyakiti hati orang lain pula.
Setelah penat memerah otak untuk
Tanggapan pertama, terutamanya yang buruk tidak semestinya betul; andai benar terlihat akan keburukan seseorang, tidak perlulah menceritakan kepada orang lain, sebaliknya tegurlah dengan baik. Paling penting sekali, don't judge a book by it's cover!
Mari renungi ayat suci ini pula:
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani"
(Al Hujurat: 12)
- - - - - - - - - - - - - -
Pada sebelah malam pula, setiap peserta PPIPUM ada sesi heart-to-heart talk bersama fasilitator masing-masing di pinggir kolam renang di bawah cahaya rembulan, ehhem. Dalam sesi ini, peserta dapat meluahkan perasaan tentang apa-apa pendapat, tentang kelemahan diri masing-masing dan cara-cara untuk mengatasinya.
Setelah sesi yang menyentuh perasaan ini berakhir, kami diberi pengisian pula mengenai kepentingan berfikir. Betul, pimpinan perlu banyak berfikir untuk menyusun strategi, mengatasi masalah dan menguruskan organisasi. Tidak boleh malas berfikir, kalau begitu, apa gunanya akal yang telah dianugerahkan oleh Allah ini?
Selain itu, dalam Islam, kita dituntut berjihad. Berjihad juga bukan semata-mata berperang. Belajar juga berjihad, berubah kepada yang lebih baik juga berjihad. Dan berjihad mestilah harta dan nyawa.
Yang paling penting sekali, istiqamah.
DAY 2
Pagi Sabtu! :D
Selesai solat Subuh, kami beriadah pagi pula :) Setiap wakil dari course MBBS, Pergigian dan Farmasi dilantik sebagai ketua, dan memilih ahli kumpulan masing-masing yang bercampur antara course. Terserlahlah gaya pemimpin masing-masing untuk memilih ahli.
RUMAH TERBAKAR!!!!
Ada rumah A, rumah B, rumah C. Apabila fasi menyebut rumah mana terbakar, kumpulan yang berada dalam rumah itu perlu lari ke rumah lain dengan kadar pecutan Usain Bolt :D
Dalam game kedua pula, banyak mendidik kami untuk bersabar. Walaupun ahli susah hendak memasukkan benang ke dalam lubang jarum, bantulah dia dengan memberi nasihat atau semangat, jangan pula mengutuk dan menjatuhkan semangatnya. Hey, bukan semua orang boleh buat perkara yang sama kan, setiap orang ada kelebihan masing-masing :)
Game terakhir, banyak menuntut kerjasama dalam kumpulan. Kalau seorang ahli nak berlari, yang lain pula berjalan dengan perlahan, sedangkan kaki semuanya terikat, tentulah jatuh tersungkur ahli-ahli kumpulan. Komunikasi, kerjasama dan tolak ansur dalam organisasi: sangat penting!
* terima kasih sudi membaca coretan ini dan maaf andai tersalah tulis atau terkasar bahasa :) Cadangan, kritikan dan apa jua pendapat sangat dialukan, terima kasih semua.
Jangan segan-segan kucing untuk meninggalkan sebarang kata-kata semangat untuk menaikkan semangat kami bagi menjaga kebajikan anda semua :D
kredit |
Selain itu, dalam Islam, kita dituntut berjihad. Berjihad juga bukan semata-mata berperang. Belajar juga berjihad, berubah kepada yang lebih baik juga berjihad. Dan berjihad mestilah harta dan nyawa.
Yang paling penting sekali, istiqamah.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) biarpun sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari)
Sebolehnya amalan kita berterusan, dan semakin bertambah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam :)
"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik daripada hari semalam, terpedayalah mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, , celakalah mereka yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam."
(Saidaina Ali r.a)
DAY 2
Pagi Sabtu! :D
Selesai solat Subuh, kami beriadah pagi pula :) Setiap wakil dari course MBBS, Pergigian dan Farmasi dilantik sebagai ketua, dan memilih ahli kumpulan masing-masing yang bercampur antara course. Terserlahlah gaya pemimpin masing-masing untuk memilih ahli.
RUMAH TERBAKAR!!!!
Ada rumah A, rumah B, rumah C. Apabila fasi menyebut rumah mana terbakar, kumpulan yang berada dalam rumah itu perlu lari ke rumah lain dengan kadar pecutan Usain Bolt :D
Aktiviti ini, di samping memanaskan badan kami di pagi hari, memberi pengajaran supaya dengar arahan dengan jelas, bertindak dengan pantas sesuai dengan arahan yang diberikan, dan menunjukkan ciri kepimpinan dalam diri.
TAARUF
Ramai lagi antara para peserta belum kenal sesama sendiri, jadi mari berkenalan :)
FIRST IMPRESSION AGAIN :)
Kami diberi kertas dan pen, dan menulis first impression kami terhadap setiap peserta. Setelah itu beberapa orang peserta berkongsi apa yang orang lain telah tulis di atas kertasnya, ada yang betul, ada yang salah. Nampaknya kami masih perlu kenal satu sama lain dengan lebih baik :)
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu , (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)
(al-Hujurat: 13)
Sangat penting kan, dalam pimpinan untuk mengenali setiap ahli dengan baik, serta menyedari kelebihan dan potensi yang mereka ada untuk disumbang dalam persatuan kelak.
Pada waktu tengah hari pula, peserta dibahagikan kepada PPIPUM dan PSIPUM, dan menjalani aktiviti mengikut fasilitator persatuan masing-masing. Peserta PPIPUM menjalani BEDAH AKTIVITI:
Melalui aktiviti ini, dapatlah kami menilai semula aktiviti-aktiviti PPIPUM yang lepas, apa kekurangan dan kelebihan yang ada, pada bahagian mana yang boleh diperbaiki lagi, dan membincangkan strategi untuk merancang aktiviti yang sama tetapi dengan lebih baik pada sesi kali ini.
Selepas itu, bersama-sama dengan peserta PSIPUM, kami menjalani aktiviti meribut otak (baca: brainstorming) yang dikendalikan oleh seorang wakil dari PSIPUM. Kami ditanyakan beberapa soalan untuk difikirkan, bagaimana untuk selesaikan sesuatu masalah, apakah jalan yang terbaik, apakah cara yang terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat persatuan, apakah rasionalnya tindakan kita, adakah akan berjaya apap yang kita rancangkan? Begitu banyak persoalan, kami juga letih untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Akhirnya, kesimpulan yang kami dapat:
Brainstorming sangat memenatkan
Okey, cuma bergurau senda di bulan september~ Sebenarnya brainstorming sangat-sangat MEMBANTU kami untuk menyelesaikan masalah persatuan di samping menyusun strategi yang baik untuk mencapai matlamat persatuan. Kami dipaksa untuk betul-betul berfikir, dan berhati-hati dengan setiap tindakan kerana boleh melencongkan kami dari matlamat asal persatuan.
Melalui brainstorming ini jugalah kami dapat merangka semula VISI dan MISI PPIPUM, serta membincangkan OBJEKTIF dan TEKNIK untuk mencapai visi dan misi yang telah dirangka.
Pada sebelah petang pula, riadah!
Pass the balloons: Setiap kumpulan beratur dalam satu barisan, kemudian selang-satu ahli, mata ahli akan ditutup. Belon berisi air pula perlu ditangkap oleh setiap ahli, jadi malanglah ahli yang tertutup matanya, kalau tidak dapat menangkap belon, basah kuyup jawabnya~
Jarum dan benang: Kali ini pula, selepas setiap ahli pusing mengelilingi kerusi sebanyak sepuluh kali sampai pening nak termuntah, perlu berlari ke arah dulang berisi tepung, jawab soalan matematik, dan seterusnya tiup dengan sepenuh hati dan jiwa sampai nampak bayang jarum dan benang. Kemudian tibalah babak paling mencabar bagi kaum lelaki, iaitu memasukkan benang ke dalam jarum. Sempat jugalah ahli-ahli lain bersantai minum kopi sambil menunggu peserta lelaki hendak memasukkan benang ke dalam jarum (gurau je, jangan tuduh saya racist pula:) ). Namun begitu, semua ahli masih memberi semangat supaya kumpulan masing-masing berjaya, kami tidak meninggalkan ahli kumpulan kami begitu sahaja :)
Ikat kaki: Setiap kumpulan diikat kakinya dengan ahli kumpulan masing-masing, lalu membentuk satu barisan (peserta lelaki dan perempuan dijarakkan walaupun kaki diikat). Kami berlumba untuk mengutip belon di sepanjang laluan, kemudian berpatah balik ke tempat permulaan. Ada yang tersadung, tersangkut kaki dengan tali, sampai bengkak juga pergelangan kaki dek kuat ikatan talinya. Tapi yang penting semua kumpulan selamat sampai ke tempat permulaan, tiada kecederaan serius dilaporkan :D
Melalui riadah petang ini, banyak perkara yang kami pelajari. Antaranya:
Kita perlu saling menolong ahli yang kekurangan, atau menghadapi masalah, seperti ahli yang ditutup matanya dalam game pertama tadi, Bantu mereka untuk bersedia menangkap belon, memberi direction ke mana arah belon akan dicampakkan, dan bila belon akak dibaling. Jangan pula terus baling tanpa memberitahu ahli tersebut, kes aniaya tu!
Dalam game kedua pula, banyak mendidik kami untuk bersabar. Walaupun ahli susah hendak memasukkan benang ke dalam lubang jarum, bantulah dia dengan memberi nasihat atau semangat, jangan pula mengutuk dan menjatuhkan semangatnya. Hey, bukan semua orang boleh buat perkara yang sama kan, setiap orang ada kelebihan masing-masing :)
Game terakhir, banyak menuntut kerjasama dalam kumpulan. Kalau seorang ahli nak berlari, yang lain pula berjalan dengan perlahan, sedangkan kaki semuanya terikat, tentulah jatuh tersungkur ahli-ahli kumpulan. Komunikasi, kerjasama dan tolak ansur dalam organisasi: sangat penting!
Pada sebelah malam, selepas melantak menikmati hidangan barbeque yang disediakan oleh fasi-fasi tercinta, kami teruskan dengan aktiviti brainstorming lagi hinggalah larut malam.
DAY 3
Hari terakhir, kami masih lagi dengan aktiviti brainstorming. Jangan salah faham pula, aktiviti ini bukan membosankan, malah sangat penting. Dan brainstorming bukannya boleh dilakukan dengan sekejap, banyak perkara perlu dibincangkan, banyak tindakan perlu dinilai semula, adakah wajar atau tidak. Semua ini demi memastikan persatuan masing-masing menjadi persatuan yang functional dan bukan hanya wujud pada nama tetapi tidak berfungsi. Kami sangat berharap dapat merangka strategi dengan baik supaya kebajikan pelajar terjaga dan ukhuwah antara pelajar akan bertambah erat. Islam mengajar kita supaya saling mengasihi dan mengambil berat akan saudar-saudara kita :)
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihani saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam pukul 4 petang, setelah menamatkan aktivti brainstorming, kem ini pun berakhir dengan jayanya. Presiden dari persatuan PPIPUM dan PSIPUM berkongsi sedikit isi hati mereka berkenaan kem ini. Sememangnya selepas kem ini, baru terasa beban amanah yang akan ditanggung oleh pimpinan, benarlah teka-teki Imam Ghazali, benda paling berat di dunia ialah amanah. Allah juga telah menyatakan di dalam ayat suci al-Quran:
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(al-Ahzab: 72)
InsyaAllah, kami akan cuba melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaiknya :) Yakin dengan janji Allah:
"Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(surah Muhammad: 7)
Kem ini tentu tidak akan berjaya tanpa AJK dan fasilitator yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk membimbing kami dalam memimpin persatuan ini, terima kasih kami ucapkan!
Semoga kami dapat memikul amanah ini :) |
Dan semua usaha ini juga akan menjadi sia-sia jika ahli-ahli PPIPUM dan PSIPUM tidak memberikan kerjasama sepenuhnya. Jadi kami memohon kerjasama anda semua untuk bersama membantu kami menepati matlamat persatuan masing-masing yang ingin memenuhi tuntutan Islam dalam menjaga kebajikan dan ukhuwah bersama. Kami dahului kerjasama anda dengan ucapan terima kasih! :) Semoga Allah sentiasa mempermudah urusan kita semua dan meletakkan kita di jalan yang benar, insyaAllah :)
PPIPUM: DENTIST BY PROFESSION, MUSLIM BY CAREER
Jangan segan-segan kucing untuk meninggalkan sebarang kata-kata semangat untuk menaikkan semangat kami bagi menjaga kebajikan anda semua :D
No comments:
Post a Comment