Tarikh: 16-18 Mac 2012
Tempat: Excel Training
Resort, Lenggeng, Negeri Senbilan
Peserta: Pelajar Fakulti
Perubatan dan Fakulti Pergigian Universiti Malaya
Setelah
beberapa siri diadakan, kini JUMP tampil lagi dengan membawa tema ‘Producing Professional Muslim Leaders’.
Gabungan mantap antara PSIPUM dan PPIPUM buat julung kalinya telah berjaya
menarik ramai peserta untuk menyertai kem ini.Seramai 170 orang peserta telah
menempatkan diri dalam kem pada tahun ini.
Mac
16, para peserta bertolak dari UM pada pukul 6.00 petang dengan menaiki tiga
buah bas. Perjalanan ke tapak kem mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Apabila
sampai di sana, kami terus dijamu dengan makan malam di dewan makan yang sangat
cantik hiasan dan susun aturnya. Seterusnya kami dikehendaki berkumpul di dewan
untuk sesi pendaftaran dan mengambil t-shirt masing-masing. Peserta kemudiannya
dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil agar keberkesanan perbincangan terhasil.
Dengan mahasiswa-mahasiswa UM yamg terpilih menjadi fasilitator, LDK 1 iaitu
sesi ta’aruf dapat dijalankan sebagai permulaan kem. Dalam sesi ini juga kami telah diamanahkan untuk memerhati
dan menilai peribadi seorang peserta kem untuk ditulis dalam kad ucapan kecil.
Kad itu akan diserahkan di akhir kem.
|
1 dulang makanan dikongsi bersama peserta dari pelbagai course (medik, dental, farmasi dll)
makan bersuap antara fasilitator, AJK dan peserta memberi kemanisan hidup berukhwah |
Mac
17, kami bangun seawal jam 5 pagi untuk menunaikan qiamullail dan solat subuh berjemaah.
Seterusnya, kami berjogging di sekitar tapak kem untuk menggantikan acara senam
pagi yang tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tertentu. Slot 1 bermula selepas sarapan
pagi. Slot ini disampaikan oleh Imam Muda Fakhrul Hussain yakni imam muda musim
kedua. Dengan membawa tajuk, “we’re not alone”, beliau berjaya menarik
perhatian peserta dengan cara dan penyampaian yang bersahaja. Antara intipati
yang ditekankan oleh beliau adalah tujuan penciptaan manusia di dunia
serta peranan dan tanggungjawab kita
sebagai khalifah Allah di muka bumi. Slot 2 bermula selepas minum pagi, tajuk yang
diberikan adalah “ Muhammad and I are not so different”. Slot yang di bawa oleh
Ustaz Izhar Arrif ini, membawa pendekatan dakwah ke dalam diri peserta. Beliau
menekankan kewajipan menjalankan dakwah dalam bidang masing-masing. Pada
sebelah petang pula, aktiviti yang
dinamakan “fear factor” diadakan.
Aktiviti ini mencabar kekuatan fizikal, kemantapan berfikir secara kritis,
serta semangat kerjasama yang ada dalam diri peserta. Seterusnya, slot 3
bermula selepas solat isyak. Penceramah yang dijemput untuk slot ini adalah
Ustaz Muhammad Syaari B. Abdul Rahman. Beliau merupakan penulis buku “ Kuasa
Kepimpinan Al-Fateh”. Justeru, ceramah yang disampaikan adalah berkisar
kepahlawanan dan kewibawaan Sultan Muhammad al-Fateh dalam menakluki kota
Constantinople. Seterusnya, kami dikehendaki mempraktiskan segala teori yang
kami dapat dalam slot-slot dan LDK yang telah diberikan dalam satu modul khas.
Kami dikehendaki berjihad mempertahankan nyawa dan negara masing-masing
daripada serangan musuh. Serangan musuh yang berjaya mengambil nyawa beberapa
orang peserta nyata membangkitkan
semangatb kami untuk terus bangkit mempertahankan negara kami,Pengajaran
daripada aktiviti ini sangat menyentuh hati kami semua iaitu sebagai negara
Islam, kita haruslah bersatu padu dalam menentang anasir-anasir luar yang sering
menghasut untuk menjatuhkan Islam. Sedikit sebanyak kami turut merasai
bagaimana rakyat yang ditindas kekejaman musuh berjuang dalam mempertahankan
apa yang mereka miliki.Inilah yang harus ditunjukkan oleh umat Islam untuk
memastikan agar Islam terus mekar di muka bumi ini.
|
lepas jogging kami dapat meluangkan masa berjalan2 di sekitar resort sambil berkongsi cerita pelajaran bersama sahabat se'batch' kami dari fakulti perubatan, Klang yang turut hadir ke kem ini sebagai AJK |
Mac
18, slot 4 bermula pada pukul 8.00 pagi iaitu selepas sarapan pagi. Slot ini
disampaikan oleh Dr. Hazwan, bekas pelajar perubatan UM. Beliau menekankan
tentang pembinaan hospital Islam di Malaysia. Kumpulan yang terpilih perlu
membentangkan ideologi masing-masing terhadap pembinaan hospital Islam. Dengan
membawa tema berfikir di luar kotak, slot terakhir yang disampaikan oleh Ustaz
Wan Ji, telah membawa ramai peserta untuk berfikir secara kritikal walaupun
sudah penat menjalankan aktiviti sepanjang tiga hari dua malam. Majlis peutupan
dilangsungkan pada pukul 4.00 petang. Penyampaian hadiah kepada pemenang bagi
setiap kumpulan,merupakan kemuncak majlis, kumpulan Uganda telah mendapat
tempat pertama. Dalam upacara ini juga dua orang peserta terbaik telah
dinobatkan kepada Nurnabihah bt Mustapa dan Mohd. Azam. Kami bertolak ke Um
pada pukul 6.00 petang.
|
Tahniah kepada group yang menang :D |
Sesungguhnya
kem ini bayak membawa kebaikan kepada kami. Slot-slot yang disediakan sangat
menarik, membuka mata dan minda kami terhadap isu semasa khususnya yang
melibatkan agama Islam. Ilmu yang diberikan memang perlu untuk diketahui oleh
generasi muda pada masa sekarang kerana kitalah yang akan mewarisi tampok
pemerintahan pada masa akan datang. Kami berharap agar ken JUMP ini dapat
diteruskan untuk generasi yang akan datang. Sesungguhnya ilmu tidak akan datang
bergolek, tetapi kitalah yang harus mencarinya.
|
antara kenangan untuk setiap peserta kem |
|
antara pelajar 1st year yang menyertai kem ini |
|
yeayy...JUMP '12 best!! :D |
No comments:
Post a Comment