Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Manusia
tidak dapat lari dari ditimpa ujian Allah. Ujian adalah sebahagian dari hidup kita. Dalam kita sedang asyik dibuai mimpi
dalam lena yang panjang, kita akan dikejutkan dengan bala yang membuatkan kehidupan
kita tunggang terbalik. Ujian Allah tu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Bukan
sahaja dalam bentuk kesusahan tetapi juga kesenangan.Bagi si miskin, kepayahan mencari sesuap nasi itu satu ujian. Bagi si kaya, bagaimana hendak dibelanjakan harta itu juga ujian.
Dalam kita hendak mengejar sesuatu, pasti ada cabarannya. Pasti ada dugaannya. Walau se'perfect' mana pun rancangan atau rangka kerja kita, pasti ada kekangan dalam perjalanan. Bagaimana kita hadapi ujian ini satu persoalan? Adakah kita akan semakin dekat kepada Allah atau semakin jauh dari-Nya?
Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." - (Hadis riwayat Muslim).
Sedar
tidak sedar, kita sentiasa ditimpa ujian. Ujian yang membuatkan kita kuat untuk
teruskan kehidupan. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana
pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin
kejayaan dalam kehidupan. Gunakan nikmat masa dan tenaga yang dikurniakan
Allah untuk terus belajar menghadapi dugaan hidup dan berusaha mendapatkan
keredaan-Nya. Jangan terlalu selesa dengan kehidupan yang ada sekarang kerana
kita mungkin akan tersungkur dan tidak mampu berdiri kembali.