In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
Dengan nama Allah, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Bahang Pilihanraya Kampus di UM baru sahaja berlalu minggu lepas.
25 September 2012: Tarikh penting dalam kalendar Universiti Malaya, iaitu tarikh mengundi bagi PilihanRaya Kampus UM.
Seramai 3 calon telah bertanding di peringkat Fakulti Pergigian. Mari kenali mereka, calon-calon fakulti pergigian di MPPUM bagi sesi 2012/2013!
Calon 1: MUHAMAD SHAIFUNIZAM BIN ALIAS
No. Matriks: DED100034
No. Kad Pengenalan: 910301-11-5569
Fakulti: Pergigian
PNGK: B
Semester Pengajian: 1, 2012/2013
Alamat Sesi: B-2-03, Ehsan Ria Condominium, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya
Manifesto:
1. Mewujudkan kelas bimbingan khas kepada pelajar yang gagal pada setiap ujian semester supaya pencapaian dapat dibaiki sebelum peperiksaan professional.
2. Membimbing pelajar di bawah Kurikulum Bersepadu (Integrated) dalam menghadapi peperiksaan professional.
3. Membaikpulih kemudahan di Makmal Teknologi Pergigian Pelajar dengan menggantikan “fume chamber” yang rosak di dalam bilik plaster disamping masalah sistem penyaman udara yang sudah lama berlarutan.
4. Mengkaji semula harga makanan yang terdapat di kafeteria pergigian supaya lebih berpatutan kepada pelajar dan staf.
5. Menyediakan bilik rehat kepada pelajar terutamanya ketika waktu tengahari.
6. Menyelesaikan kelewatan pembayaran masuk elaun sara hidup bagi pelajar tajaan JPA dan menyemak semula yuran “labcoat” yang dikenakan kepada pelajar.
7. Mempercepatkan pembukaan kantin di Balai Ungku Aziz untuk keselesaan pelajar pra-klinikal.
8. Menyelesaikan isu tawaran penginapan pelajar klinikal di Kolej Kediaman Ibnu Sina.
9. Melaksanakan program pertukaran pelajar ke luar negara disamping menerima lebih banyak lawatan pelajar dari luar negara.
10. Mewujudkan persekitaran fakulti yang mesra alam dengan mempergiatkan budaya 3R (reduce,reuse,recycle)
Calon 2: NURNABIHA BINTI MOHD JABID
No. Matrik: DED090051
No. Kad Pengenalan: 900830-14-5940
Fakulti: Pergigian
PNGK: Lulus
Semester Pengajian: Tujuh (7)
Alamat Sesi: Kolej Kediaman Ke-Enam
Manifesto:
1. Menaiktaraf kondisi makmal prostetik berkaitan penghawa dingin yang rosak.
2. Memastikan kafeteria Balai Ungku Aziz beroperasi dalam masa yang terdekat.
3. Mencadangkan untuk pembersihan lumut dan penambahbaikan tangga di laluan pejalan kaki antara Balai Ungku Aziz ke Kolej Kediaman Kedua.
4. Mencadangkan penggunaan kad parking mahasiswa di tempat letak kereta bertingkat PPUM.
5. Membela nasib pelajar tajaan JPA yang lambat menerima biasiswa berbanding universiti tempatan lain.
Calon 3: KOH KAI KENT
No. Matrik: DED 100021
No. Kad Pengenalan: 910920-14-5759
Fakulti: Pergigian
PNGK: B+
Semester Pengajian:
Pertama
Alamat Sesi: 10,
Jalan 12/2,
Petaling Jaya
46200 Kuala Lumpur
Manifesto:
1. Memanjangkan waktu operasi perpustakaan.
2. Mencadangkan pembinaan handrail dan bumbung berlindung di sekitar Balai Ungku Aziz.
3. Memanjangkan waktu pembukaan Makmal Prostetik.
4. Menyelesaikan isu penghawa dingin Makmal Prostetik.
5. Memastikan harga yang berpatutan di Kafe bangunan Postgraduates.
6. Mewujudkan bilik rehat untuk para pelajar klinikal.
7. Menambahkan kajiian saintifik.
8. Mencadangkan penambahan peruntukan kewangan untuk Program Pertukaran Pelajar.
Tanggal 25 September 2012, pelajar-pelajar fakulti pergigian telah membuang undi dan memilih calon pilihan mereka.
Dan akhirnya, 2 orang calon yang terpilih sebagai wakil Fakulti Pergigian di Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya bagi sesi 2012/2013 ialah..
KOH KHAI KENT & NURNABIHA MOHD JABID
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mereka berdua, dan juga kepada Muhamad Shaifunizam kerana berusaha untuk mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada pelajar-pelajar Fakulti Pergigian UM.
Marilah bersama-sama memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka berdua supaya dapat membantu mereka dalam menjalankan amanah dan merealisasikan kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka. Semoga berjaya! Doa dan kerjasama kami mengiringi kalian :)
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."
(al-Ahzab:72)